Induksi PPI CliQues 2009

PPI UNITEN | 4-6 Desember 2009 –  Alhamdulillah selesai sudah Induksi PPI CliQues PPI UNITEN 2009 yang berlangsung di (College of Information Technology) COIT UNITEN selama 3 hari. Tahniah diucapkan kepada peserta dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ahmad Farouq, yang juga Pengarah PPI UNITEN CliQues merangkap Setiausaha Agong PPI UNITEN sesi 2009/10 bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar walaupun ada banyak kekangan yang menguji para AJK yang kebanyakannya kali pertama menjadi perlaksana program.

“Kami akan berganding untuk membuat yang lebih baik pada masa hadapan, tahniah kepada sahabat-sahabat ana yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini!”, ujarnya

Seramai 47 orang ahli PPI UNITEN yang berdaftar sebagai PPI UNITEN CliQues pada sesi ini, Presiden PPI UNITEN, Wan Baihaqi mengharapkan mereka yang mendaftar sebagai Ahli Jawatankuasa Cliques ini memberi komitmen yangsepenuhnya dalam persatuan, terutamanya Persatuan Pengajian Islam (PPI) yang membawa nama Islam dan komitmen dakwah di bumi UNITEN ini.

Beliau yang tidak dapat terlibat sekali dalam program ini kerana terpaksa pergi ke program berwajib anjuran Unit Pembangunan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN  “BENGKEL PENGURUSAN DIRI, AKTIVITI DAN PERSATUAN SESI 2009/2010” berasa sungguh rugi dan terkilan kerana tidak dapat terlibat sekali dalam Induksi PPI UNITEN CliQues 2009.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi latihan intensif kepada ahli PPI Cliques dalam membina kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berkomunikasi dan karisma kepimpinan. Dan antara lain untuk membentuk jalinan ukhuwah yang erat dikalangan saf pimpinan dan ahli PPI Cliques bagi memudahkan gerak kerja pada masa hadapan.

Bersesuaian dengan tema program pada kali ini, Pemimpin Berkaliber, Penggerak Mantap Harapan Ummah”, diharapkan produk-produk yang dijanakan oleh PPI ini bakal memimpin Ummah pada masa hadapan.

Leave a comment »

Induksi PPI UNITEN CliQues

Leave a comment »

Siapakah MUSUH Islam yang Sebenarnya?

Oleh : Ahmad Farouq bin Abdul Aziz*

Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia ana ucapkan kepada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sekalian. Ingin ana ambil kesempatan ini selagi diizinkan oleh Allah s.w.t yang menentukan segala perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Subjek yang ana nukilkan di sini merupakan peristiwa yang benar-benar terjadi pada ana dan ingin ana kongsikan bersama sahabat sahbiah sekalian. Sesungguhnya diri ini merasakan ianya satu tanggungjawab untuk berkongsi peristiwa ini untuk dijadikan peringatan buat kita yang beragama Islam. Semoga hasil nukilan ana ini, dapat memberi impak yang positif ke atas dasar pemikiran dan tindakan sahabat sahbiah sekalian. Insya-Allah.

Ianya bermula pada sekitar penghujung September 2009 yang lepas. Ana menerima satu emel yang menyatakan Muse, sebuah kumpulan rock British telah melancarkan album terbaru mereka yang bejudul ‘The Resistance’. Gembira bukan main lagi ana rasakan ketika itu kerana sememangnya ana merupakan peminat lagu-lagu(bukan penyanyinya) Muse. Ana pasti ramai pembaca bertanyakan apakah yang cuba ana sampaikan. Adakah sekadar berkongsi minat dalam muzik atau mengesyorkan muzik dari industri barat? Tidak sama sekali. Mungkin ramai yang mengenali Muse, tapi tidak tahu bahawa salah satu keistimewaan Muse ini ialah mesej yang ingin disampaikan oleh mereka sangat mendalam dan bermakna dalam kehidupan manusia sejagat.

Jadi ana terus mendapatkan lirik dan mengkaji mesej yang ingin mereka sampaikan kali ini. Secara amnya dapat ana simpulkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah perlunya satu persepakatan untuk MENENTANG satu pentadbiran atau sistem. Puas ana memikirkan tapi masih tidak faham maksudnya sebenar. Lantas ana teruskan kajian ana menerusi pelbagai forum, blog dan lain-lain. Sehinggalah ana terjumpa satu pernyataan yang sangat menarik yang mengatakan:

Search for New World Order. See what Matt (penyanyi Muse) is trying to warn us…

Inilah klu yang ana nantikan dan ana pasti ianya akan membawa kepada jawapan yang ana inginkan. Bermula dengan pencarian new world order, sudah hampir dua bulan ana menjalankan kajian dan masih diteruskan hingga kini banyak maklumat yang telah ana perolehi dan kini ana akan membentangkan kepada antum. Tetapi, terlebih dahulu perlulah ana memberi satu amaran kepada antum yakni ana TIDAK mahu antum percaya bulat-bulat apa yang akan ana bentangkan tetapi sama-sama memikirkan dengan lebih mendalam mengenai hal ini. Kerana ana tahu ana tidak semestinya betul dan perkara ini adalah satu perkara yang sangat serius.

Antum sudah bersedia? Baiklah. Ana akan mulakan dengan perkara dasar mengenai bahan penyelidikan ana. Ianya adalah mengenai satu konspirasi terhebat dunia. Ingat! Antum tidak semestinya percaya. Majoriti umat Islam hari ini hanya mengetahui bahawa musuh besar Islam adalah Yahudi(laknatullahhi ‘alaih) dan Kristian. Benarkah? Bagaimana jika ana katakan ada satu lagi golongan yang lebih dominan dan barangkali lebih kuat daripada kedua-duanya tadi. Golongan yang ana katakan disini ialah golongan penyembah syaitan, yang terdiri daripada Illuminati, Freemason dan secret society. Ana pasti ramai yang pernah dengar mengenai Freemason, itupun sekadar mengetahui namanya tapi tidak ketahui apakah tujuan dan flow agenda mereka.

Illuminati ini boleh dikatakan pertubuhan tertinggi di kalangan sekutunya yang sama-sama mendukung matlamat utama mereka. Matlamat mereka yang paling utama ialah menyediakan dunia untuk menyambut kedatangan Dajjal. Sukar dipercayai? Kalau ya, bagus dan kita teruskan. Mereka bekerja keras setiap hari tanpa henti untuk merealisasikan impian mereka yakni menguasai dunia dan akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan dunia kepada Dajjal dan setiap manusia akan dipaksa tunduk di bawahnya melalui fitnah-fitnahnya yang dahsyat. Di sini ana tidak ingin menceritakan perihal Dajjal kerana pasti ceritanya tidak berkesudahan.

Illuminati telah diasaskan oleh sebuah keluarga kelahiran Yahudi di Jerman sekitar kurun ke-15 yang bernama Rothschild. Di bawah bimbingan Rothschild ini, mereka dan sekutu-sekutunya telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang berkiblatkan syaitan atau satanic organization dan terus menjalankan agenda-agenda mereka untuk memadamkan nilai agama dalam diri manusia. Apabila manusia itu dalam ketakutan tanpa pegangan akidah dan hidup terumbang-ambing, ketika itulah mereka datangkan Dajjal yang akan muncul sebagai ‘saviour’.

Ramai dikalangan kita yang tahu serba sedikit bahawa Illuminati ini membawa fahaman Yahudi-Zionis. Ketahuilah bahawa ianya tidak betul sepenuhnya. Menurut John Todd a.k.a Christopher Kollyn, bekas orang atasan Illuminati yang belot kemudiannya mengatakan bahawa kuasa tertinggi Illuminati hanyalah Yahudi dari segi kelahirannya tetapi bukanlah agamanya. Mereka tahu lambat-laun Illuminati pasti akan pecah tembelang, oleh itu menggunakan Yahudi-Zionis sebagai topeng mereka.

Simbol utama yang sering digunakan oleh mereka ialah piramid dengan ‘the all seeing eye’ pada bahagian atasnya. Simbol ini boleh didapati di merata-rata tempat seluruh dunia bahkan juga di dalam filem-filem Hollywood. Menurut John Todd lagi, piramid bermata satu itu melambangkan struktur organisasi mereka.

Pada baris kedua bongkah piramid tersebut mewakili Grand Druid Council of Thirteen dimana ia adalah 13 keluarga terbesar yang mengetuai Illuminati yang dipimpin oleh keluarga Rothschild. Barisan seterusnya ialah mewakili 33rd Degree Mason, iaitu pangkat tertinggi dalam Freemason dan antara ahlinya ialah Tony Blair (Bekas Perdana Menteri British) dan Walter Disney (pelopor Disney!). Barisan bongkah seterusnya mewakili proksi-proksi Dajjal yang lebih kecil, yang turut menjayakan agenda-agenda mereka.

Dalam tidak kita sedari, Illuminati dan sekutunya terus menjalankan agenda mereka yang telah kita ‘telan’ satu demi satu. Inilah agenda yang dikatakan The New World Order (NWO). Mereka membahagikan agenda mereka kepada tiga peringkat. Pertama, mereka menimbulkan masalah atau huru-hara. Contohnya dengan mencetuskan Perang Dunia dan menyebarkan wabak penyakit seperti SARS dan H1N1. Tahukah antum ini semua dirancang?! Bukankah ianya berjaya kerana ramai pihak seluruh dunia menjadi bingung dan hilang pertimbangan disebabkan masalah seperti ini? Ada yang bergaduh sesama sendiri dalam mencari jalan penyelesaian kerana mereka semua takutkan mati! Ya, itulah kenyataan. Sedangkan Nabi s.a.w mengajar kita agar bersabar bila ditimpa musibah.

Langkah keduanya ialah respon daripada masyarakat sendiri. Mereka mahukan kita dalam ketakutan, kesedihan, kemarahan, kesakitan dan ketika itulah kita hilang pertimbangan di mana rata-rata masyarakat tidak menyandarkan kepercayaan mereka kepada yang Maha Esa. Langkah terakhir mereka ialah mengeluarkan penyelesaian yang juga dianggap penyelamat keadaan oleh umat manusia. Sehinggalah pada tahap yang kritikal, Dajjal akan muncul dan itulah masanya mereka yang lemah imannya akan direntap aqidah dan menjadi hamba Iblis laknatullah! Nauzubillahi min zalik.

Oleh yang demikian, ana ingin menasihati diri ana sendiri dan sahabat sahabiah sekalian supaya menyiapkan diri kita sebaiknya dalam menghadapi fitnah al-Masih ad-Dajjal serta sihir pengikut-pengikutnya. Mereka yang berada dalam satanic organization ini telah menjual roh mereka kepada Iblis dan janganlah kita turut sama tertipu. Ternyata, untuk mereka mengusai dunia, mereka awal-awal lagi sudah menguasai Amerika Syarikat (kajilah wang dollar Amerika sekarang, simbol apa yang ada?). Merekalah dalang di sebalik Amerika, PBB, NATO, IMF dan sebagainya. Tidak kiralah wakil mana pun yang memenangi pilihan raya Amerika dan menjadi presiden sama ada daripada parti demokrat atau republik, mereka mewakili organisasi yang sama dan hanyalah sebagai alat yang digunakan oleh Illuminati dan sekutunya.

Daripada bahan penyelidikan ana juga, segala peristiwa getir yang berlaku di dunia ini kebanyakannya adalah agenda mereka. Bahkan Hitler itupun sekadar ‘puppet’ mereka semata-mata, bukan seorang pemimpin yang mempunyai idealoginya sendiri. Mereka cuba menipu kita dari pelbagai sudut termasuk media hiburan. Ketahuilah bahawa rancangan dan filem-filem Disney yang dikatakan untuk kanak-kanak bukanlah seperti yang disangkakan. Banyak sumber yang mengatakan antara tujuan Disney direncanakan ialah untuk meningkatkan keghairahan seks pada usia yang masih muda. Percayakah antum?

Sememangnya ana biarkan banyak persoalan dan ana percaya ramai di kalangan antum mempunyai pelbagai persoalan yang ditanyakan kepada ana mengenai dalil, bukti dan sebagainya. Seperti yang ana katakan sebelum ini, ana tidak memaksa antum percaya tetapi ana sekadar menghidupkan percikan api dan kini antum berusahalah mencari jawapan yang sebenarnya. Petunjuknya ada di mana-mana dan ana nasihatkan antum cubalah membuat kajian sendiri. Di sini ana ingin mengesyorkan dua sumber yang relevan jika antum berminat iaitu sebuah buku karangan Muhammad Nurani Maarif yang berjudul ‘Membongkar Misteri Dajjal’ dan sebuah laman web beralamat ‘www.wakeupproject.com’. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah Dajjal. Akhir kata daripada ana, marilah kita mengukuhkah iman dan taqwa kita kepada Allah dan memohon perlindungan daripada-Nya. Wallahualam.

———–———–———–———–

*Penulis adalah

Setiausaha Agong PPI UNITEN

Sesi 2009/10

Leave a comment »

Partai Keadilan Sejahtera (PKS)

Oleh : Nabilah bt Khalid*

Lebih kurang 5 bulan yang lalu, Indonesia melaksanakan PEMILU (Pemilihan Umum), baik untuk partai dan presiden. Pemilihan dibagi menjadi dua sesi, pada sesi pertama adalah pemilihan partai dengan anggota dewan rakyat, dan sesi kedua ialah pemilihan untuk presiden dan wakil presiden.

Dari puluhan partai yang tersedia masa itu, hanya satu partai yang menarik bagi saya, menarik dalam artian visi-misi, keanggotaan, komitmen, keanggotaan yang terkenal akan kejujurannya dan lain sebagainya.

Kenapa saya boleh cakap seperti itu?

Ya, PKS ialah salah satu partai Islam di Indonesia, keberadaannya selalu mendapat buah bibir masyarakat. Kenapa islam ikut berpolitik? Indonesia kan negara yang majemuk (terdiri dari 6 agama) jadi adanya partai Islam tidak dibenarkan, Indonesia bukan negara timur tengah yang berlandaskan Al-Quran sebagai landasan negara, jangan buat negeri syariat islam di Indonesia, masya-Allah tragis memang, dan masih banyak lagi. Bagi sebagian orang, yang mereka takutkan mungkin dengan adanya visi PKS secara umum yaitu:

SEBAGAI PARTAI DA’WAH PENEGAK KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN DALAM BINGKAI PERSATUAN UMMAT DAN BANGSA.

Dan adanya berbagai misi PKS antara lain :
• Menegakkan amar ma’ruf nahi munkar terhadap kekuasaan secara konsisten dan kontinyu dalam bingkai hukum dan etika Islam.
• Menyebarluaskan da’wah Islam dan mencetak kader-kadernya sebagai anashir taghyir.
• Mengembangkan institusi-institusi kemasyarakatan yang Islami di berbagai bidang sebagai markaz taghyir dan pusat solusi.

Adapun Prinsip-Prinsip Kebijakan dari partai ini ialah:
1. Al-Syumuliyah (Lengkap dan Integral),
2. Al-Ishlah (Reformatif),
3. Al-Syar’iyah (Konstitusional),
4. Al-Wasathiyah (Moderat),
5. Al-Istiqamah (Komit dan Konsisten),
6. Al-Numuw wa al-Tathawwur (Tumbuh dan Berkembang),
7. Al-Tadarruj wa Al-Tawazun (Bertahap, Seimbang dan Proporsional),
8. Al-Awlawiyat wa Al-Mashlahah (Skala Prioritas dan Prioritas Kemanfaatan),
9. Al Hulul (Solusi),
10. Al-Mustaqbaliyah (Orientasi masa depan) dan
11. Al-’Alamiyah (Bagian dari da’wah sedunia).

Tapi langkah PKS tidak gentar, justru cemoohan itu membuat partai ini semakin kuat. Terbukti dengan kemenangan mutlak PKS pada pemilu th 2004 di daerah Jakarta.

Keanggotaan PKS,
Di saat anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) terkena kasus korupsi, disidang, diadili, tapi sampai saat ini belum terdengar ada anggota DPR dari PKS yang terkena kasus korupsi, subhanallah. Terbukti dengan kinerja mantan ketua MPR (Majelis Permusyawaratan Rakyat) Bapak Hidayat Nurwahid yang bersih masa menjabat.

Yang menjadi ketertarikan sendiri bagi saya bahwa dalam tata aturan PKS, adanya keharusan para pejabat publik dari PKS untuk menanggalkan jabatan struktur organisasi. Dan ini perlu di teladani partai-partai lain.
Contohnya:

Ketua umum PKS yaitu Bapak Tifatul Sembiring mengundurkan diri dari jabatannya sebagai Presiden partai ini, ketika dia diberi amanat oleh Presiden Indonesia untuk menjadi MENKOMINFO (menteri komunikasi dan informasi) pada kabinet periode 2009-2014.
Sementara itu, Ketua DPP PKS Suharna Surapranata yang menjabat sebagai MENRISTEK (menteri riset dan teknologi dalam).

Di saat partai lain sibuk dalam ’show-off’ kinerja mereka dalam memberi bantuan, tapi lain halnya dengan partai ini. Bahkan PKS selalu menjadi partai pertama apabila adanya bencana alam. Bertindak tegas, cepat dan tepat sasaran.

Semoga Allah selalu menjaga kebersihan PKS, selalu memberikan hidayah dan inayah-Nya . Tetap berjuang PKS. Menjadi partai kebanggaan bangsa Indonesia! Allahu Akbar!

———–———–———–———–

*Penulis adalah
Timb Exco Kebajikan & Akademik
Persatuan Pengajian Islam
PPI UNITEN Sesi 2009/10
Bali, Indonesia.

Leave a comment »

Remaja Merdeka?

Oleh : Nur Fairuz binti Mohd Johan*

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Ini adalah ciri-ciri remaja yang tidak merdeka. Siapakah yang bersalah?

Remaja pada usia 14-21 tahun, mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.

Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di Malaysia sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka yang bergelar remaja.

Permasalahan sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan banyak pihak terutama sekali golongan ibu bapa dan golongan pendidik. Adakah keruntuhan akhlak remaja ini berlaku seiring dengan pembangunan negara dan kemajuan teknologi? Adakah akhlak remaja semakin jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi?

“..ringkasnya remaja merdeka ialah remaja yang bebas dari perkara yang tidak baik dan pandai berdikari…”

Ciri-ciri Remaja Merdeka

  1. Bebas dan lepas
  2. Bebas dari Sikap Buruk
  3. Remaja Berdikari Dan Berpersonaliti Baik

 

Persoalan yang terbesar disini, adakah remaja kita sudah merdeka?

Perkara ini sukar sedikit hendak diukur, atau seolah kita menghukum remaja, Melihat kepada sekeliling kita remaja kita masih belum merdeka sepenuhnya, mereka masih memerlukan bimbingan dari semua pihak secara berterusan untuk menjadi remaja merdeka dan cemerlang dalam hidup.

Globalisasi /Kebebasan

Globalisasi sebenarnya tidak bermaksud kebebasan yang tidak ada batasnya, tetapi bermaksud kebebasan setiap manusia untuk menunjukkan seluruh potensinya sehingga dapat membawanya perubahan yang bererti baik pada diri sendiri mahupun orang lain.

Dalam era globalisasi ini banyak sekali berlaku pengekploitasian terhadap segala sesuatu iaitu ilmu pengetahuan sampai hal-hal yang bersifat pornografi yang membahayakan mental generasi muda kita. Remaja mudah terpengaruh terhadap perkara baru dan trendy misalnya mewarna rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat serius iaitu pengambilan minuman keras, narkotik dan pergaulan bebas yang menjurus kepada free sex (seks bebas) yang giat dilakukan oleh remaja.

 

Pemakaian dan Kes Rogol

 

Anak-anak muda kini diajak menjadi golongan yang berfikiran terbuka. Malangnya, minda mereka dicemar oleh konsepsi kehidupan yang membawa kepada kecelaruan. Zaman ini perempuan Melayu Islam yang memakai mini skirt, seluar pendek atau memadankan tubuh dengan bikini dan bertanding dalam peraduan ratu cantik di khayalak ramai tidak dianggap sebagai pesalah. Golongan wanita muda yang berpakaian menjolok mata tidak dapat menerima pendapat bahawa merekalah yang memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan pencabulan kehormatan.

 

Kembalilah kepada akal budi Islam!!!

Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya.

Islam mempunyai suatu sistem yang cukup lengkap, datangnya dari pencipta manusia sendiri iaitu Allah SWT yang sendirinya tahu tentang baik atau buruk bagi manusia itu. Amalkan ajaran Islam sepenuhnya sebagai cara hidup.

———–———–———–———–

*Penulis adalah Timbalan Setiausaha I PPI UNITEN sesi 2008/09 dan 2009/10

Leave a comment »

Perutusan Banjir 2009

Assalamu ‘Alaikum w.b.t
Salam sejahtera…

Allah mendatangkan bencana dengan kesan yang amat dahsyat kepada rupa bentuk muka bumi serta budi dan emosi insan. Kata-kata tidak dapat menggambarkannya. Malah melihat dengan mata sendiripun belum pasti dapat menginsafinya. Banjir besar yang melanda negara kita ini menjadi satu contoh ujian Allah terhadap insan.

Kita melihat lebih dari 6000 orang menjadi mangsa dalam bencana kali ini. Negeri-negeri yang terjejas termasuklah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Perak. Di negeri saya sendiri, Kelantan Darul Naim, lebih 4000 orang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara banjir, malah ada yang menjadi korban kepada bencana ini!

Sistem perhubungan turut menerima kesannya apabila jalan-jalan terpaksa ditutup. Sumber pendapatan rakyat menjadi terjejas, baik dari sudut pertanian mahupun perniagaan. Sawah padi menjadi rosak. Kedai-kedai terpaksa ditutup. Kesannya yang besar dapat dilihat dengan langkah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang memperuntukkan RM 2.2 bilion, dan kerajaan Perak yang memperuntukkan RM 9 juta semata-mata untuk mengatasi masalah banjir ini. Ini yang dilaporkan oleh akhbar perdana. Kita boleh mengagak kos sebenar untuk mengatasi masalah ini adalah lebih dari itu.

Yang paling malang ialah mereka-mereka yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ada sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat banjir ini.

Apakah mesej di sebalik bencana ini? Allah telah berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 190-191, yang membawa maksud Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya! Saya teringat kata-kata seorang penyayi folk terkenal dari Indonesia, Ebiet G. Ade dalam lagunya ‘Berita kepada Kawan’ yang menceritakan sebab berlakunya musibah ini.

Mungkin Tuhan mulai murka melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
Atau alam mulai bosan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang

Mungkin ada benarnya di situ. Musibah juga merupakan satu ujian kepada insan daripada Allah untuk mengenal pasti mana di kalangan hambaNya yang beriman. Anda boleh rujuk surah al-Ankabut, ayat 2.
Maka, insaflah dan bersabarlah dalam menghadapi ujian ini.

Di ruang yang sempit, saya mewakili seluruh ahli Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir. Kami berharap anda semua bersabar dalam menghadapi musibah ini. Kami semua berdoa semoga Allah mempermudah urusan kalian di esok hari, insyaAllah
Sekian, Wassalam.

Wan Baihaqi Wan Ab Rahman
Presiden,
Persatuan Pengajian Islam UNITEN,
Sesi 2009/2010

Leave a comment »

Berkunjung ke Rumah Allah SWT

1) Pengenalan

  • Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas.

  • Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, “Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni’mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak”, dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

2) Pensyariatan Haji

  • Haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya.
  • Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

“Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam” (Surah Ali Imran ayat 97)


3) Falsafah Haji

MENUJU KE JALAN ALLAH

  • Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah.
  • Kita juga haruslah bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

PENGGUNAAN HARTA

  • Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek.

IBADAH HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT

  • Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini.
  • Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.

PENGORBANAN HAJI

  • Setiap ibadah yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan.
  • Ibadah haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram.
  • Selain itu, ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadah-ibadah lain dalam hidup kita sepanjang tahun, contohnya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.
  • Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri.
  • Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas padang pasir memperkata dan membisikkan sesuatu kepada Allah bagi memohon keampunan dan keredhaan sebelum kembali kepada-Nya. Ibadah haji merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah sudah tentu mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar..

5. Sejarah Haji

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai memperbaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

Renungan

“Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban. Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)”.

( surah Al-Haj ayat 27 hingga 29)

Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan. tah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya: “Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya”.

Panelist,

Exco Kebajikan dan Akademik

Hazim bin Sharudin

Comments (2) »

Penggerak yang Menggerakkan vs Penggerak yang Bergerak?

Oleh : Rohaizah binti Wahab*

Aktiviti kita selaku Dai’e insya-Allah sentiasa mencari mad’u utk kita sama menjalani proses pentarbiyahan dalam usaha menjalankan misi dakwah kita tak kira dimana dan tak kira apa jua ‘method’ inputnya.

Definisi untuk yang menggerakkan dan yang bergerak merupakan satu ‘term’ yang berbeza maksudnya.

Yang menggerakkan pasti tahu kenapa dan mengapa mereka harus bergerak dan mengerakkan usaha dan tanggungjawab mereka tanpa dipaksa relakan. Namun yang bergelar penggerak yang bergerak…bagi saya satu definisi penggerak yang hanya mampu bergerak tatkala arahan dan seruan diberikan. Bilamana tiada arahan, sunyi sepi jadinya..

Bukan mahu menuding jari kepada sesiapa, ia juga merupakan satu muhasabah buat diri saya juga. Memang betul bagi melahirkan Penggerak yang Mengerakkan merupakan satu cabaran dalaman yang cukup kuat buat kita. Tak kira didalam platform mahupun diluar platform dakwah kita. Kita akan mula memberikan respon yang cukup kuat bila mana satu isu sensasi terwujud.

Contohnya seperti isu memboikot barangan israel. Rata-rata yang saya lihat, sudah tidak endah dengan slogan MEMBOIKOT ini lagi. Bukan sahaja slogan, namun tindakan dari pihak kita sendiri. Yang memahami terus istiqamah..yang kurang memahami kita boleh lihat sendiri. Produk-produk mereka saban hari diwar-warkan di media-media utama negara kita, semakin rancak dan hebat promosinya pula. Semoga kita semua sentiasa istiqamah bukan atas dasar “BOIKOT” sahaja, namun atas kepekaan keatas kezaliman yang dilakukan oleh musuh-musuh islam ini.

Teladannya buat kita aktivis dakwah dibumi UNITEN khususnya pendokong dan penggerak Persatuan Pengajian Islam (PPI UNITEN), didalam mnyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bermula dari dalam diri kita sendiri selaku Penggerak yang Mengerakkan, bukan selaku penggerak yang hanya bergerak. Dan disamping bergerak secara berjemaah kita sendiri selaku individu dalam sesebuah organisasi merupakan komponen penting dalam menggerakkan ‘motor’ dan ‘generator’ organisasi kita supaya ‘output’ yang dikeluarkan berjaya menghasilkan sebuah organisasi yang tidak lagi ditertawa dan disindirkan oleh sesetengah pihak. Kita buktikan kita bukan sebuah organisasi seperti kapal yang bakal karam, namun bot kecil yang ‘kecil’ namun mampu utk mengharungi dan membawa penumpangnya sampai ke destinasi meskipun bot ‘kecil’ kita tidak terlalu mewah utk ditumpangi.

Namun bagaimana kita hendak menjadi penggerak yang menggerakkan?

Bagi pendapat saya, salah satu langkah terbaik adalah melalui dakwah fardhi. Ini adalah langkah asas dalam pembinaan generasi pelapis. Saya yakin, dengan fikrah dan tarbiah yg kita peroleh, seharusnya kita berupaya menampilkan sahsiah maknawiyah. Melalui sahsiah dan peribadi yg bersih insya-Allah memungkinkan kita mudah disenangi oleh mad’u kita.

Kita semua tahu dan membaca rukun Dakwah fardhi bermula dgn taaruf. Namun sejauh mana kita mengoperasikan teori yg hebat ini? Sedar tak sedar, selepas kita hampir menamatkan pengajian kita di kampus, generasi pelapis dakwah dan tarbiyah semakin mengecil…. mengapa?

Kerana usaha menggerakkan dakwah fardhiah tidak berjalan dgn baik dan terancang.

Seperti yang sahabat semua ketahui, antara 3 petua kejayaan seorang Dai’e adalah :

1. Iman yg mendalam

2. Perancangan yg rapi

3. Usaha dan Amal yg berterusan (Istiqamah)

Dalam mana usaha kita utk mencapai tahap kejayaan, mehnah dan ‘tribulasi’ pasti ada datang menjenguk. Kadang-kadang kita rasa nak buat dakwah fardhiah ni ikut musim dan masanya sahaja, tapi ingatlah dakwah bukan jongkang jongkit! Adakalanya, menyepi..tiba-tiba menyenggulkan diri.

Antara sebab lain mengapa sukar untuk melaksanakan dakwah fardhi, daripada pengalaman saya :

1. Tidak ada hati dan perasaan untuk melaksanakannya

Macam-macam alasan diberikan, tak bersedia, tak mampu, tak pandai, tak reri, tak ada sahabat kat sini, dan bermacam-macam lagi.

2. Tidak memiliki jiwa Da’ie.

Ya, hanya sang Dai’e yg ikhlas, memahami simpang siur dan cabaran dakwah, konsisten dgn tarbiah, memahami sirah Rasulullah saw dan para sahabat, memahami apa erti menjadi Da’ie. Tapi ingatlah, dakwah WAJIB dilaksanakan selagi mana iman dan islam ada di hati, ia bukan satu pilihan untuk tidak berdakwah!

3. Tiada grand design dakwah kampus.

4. Tiada kemahiran dakwah fardhi dan pengurusan Halaqah berkesan.

5. Ada lagi karat-karat jahiliah yang melekat di hati. Astagfirullah.

6. Tiada koordinasi atau komunikasi antara penggerak kampus dengan alumni.

7. Tidak bijak atau pandai mengurus masa dan emosi.

8. Tidak konsisten dgn tarbiah.

9. Tidak menjaga hubungan dengan Allah swt.

Segala pesanan di atas adalah khususnya untuk peringatan buat diri sendiri. Kerana saya juga masih membina motivasi utk terus menjalankan misi dakwah fardhiah.

Tegurlah saya jika saya sendiri tidak menjalankan misi ini kerana saya juga sentiasa leka dan alpa. Dan yang pastinya…Jom!!! sama-sama kita mantapkan ‘skill’ dakwah fardhiah kita dan tingkatkan lagi usaha kita.

Insya-Allah..semoga kita menjadi PENGGERAK YANG MENGGERAKKAN bukan lagi PENGGERAK YANG hanya BERGERAK

“Orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat.”

~ Surah At-Taubah : 71 ~

———–———–———–———–

* Penulis seorang aktivis PPI UNITEN,

Pelajar tahun akhir jurusan Electrical & Electronic Engineering,

Timbalan Exco Dakwah & Islamic Outreach (DIO),

Sesi 2006/07


Leave a comment »

Nabi Saleh berdakwah kepada kaum Tsamud

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya nabi pesuruh disisi-Nya untuk memberi penerangan dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Demikian pula Allah tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada suatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjukkan oleh-Nya dengan perantara seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasul-Nya. Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mereka telah diutuskan Nabi Saleh seorang yang telah dipilih-Nya dari suku mereka sendiri, dari keluarga yang terpandang dan dihormati oleh kaumnya, terkenal tangkas, cerdik pandai, rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.


Dikenalkan mereka oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yang sepatut mereka sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah mencipta mereka, menciptakan alam sekitar mereka, menciptakan tanah-tanah yang subur yang menghasilkan bhn-bhn keperluan hidup mereka, mencipta binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna bagi mereka dan dengan demikian memberi kepada mereka kenikmatan dan kemewahan hidup dan kebahagiaan lahir dan batin.Tuhan Yang Esa itulah yang harus mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mereka bahwa ia adalah seorang daripada mereka, terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah. Mereka adalah kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adalah seketurunan dan sesuku dengan mereka.Ia mengharapkan kebaikan dan kebajikan bagi mereka dan sesekali tidak akan menjerumuskan mereka ke dalam hal-hal yang akan membawa kerugian, kesengsaraan dan kebinasaan bagi mereka. Ia menerangkan kepada mereka bahwa ianya adalah pesuruh dan utusan Allah, dan apa yang diajarkan dan didakwahkan kepada mereka adalah amanat Allah yang harus dia sampaikan kepada mereka untuk kebaikan mereka semasa hidup mereka dan sesudah mereka mati di akhirat kelak. Ia mengharapkan kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan sungguh-sungguh apa yang ia serukan dan anjurkan dan agar mereka segera meninggalkan persembahan kepada berhala-berhala itu dan percaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampun kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan. Allah maha dekat kepada mereka mendengarkan doa mereka dan memberi ampun kepada yang salah bila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yang bagi mereka merupakan hal yang baru yang tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mereka sendiri. Maka serentak ditolaklah ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya:

“Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbangan mu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya untuk memimpinkami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami hadapi, memberi petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis dan kesusahan. Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dengan tingkah lakumu dan tindak tandukmu yang menyalahi adat-istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami? Enkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap menjadi pegangan untuk selama-lamanya.Kami sesekali tidak akan meninggalkannya karena seruanmu dan kami tidak akan mengikutimu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap kosongmu bahkan meragukan kenabianmu. Kami tidak akan mendurhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan mereka dan mengikuti jejakmu.”

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah yang telah mengurniai mereka rezeki yang luas dan penghidupan yang sejahtera.

Diceritakan kepada mereka kisah kaum-kaum yang mendapat seksa dan azab dari Allah karena menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. Hal yang serupa itu dapat terjadi di atas mereka jika mereka tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya, yang diberikannya secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar mereka dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah daripada mereka atas usahanya itu. Ia hanya menyampaikan amanat Allah yang ditugaskan kepadanya dan Allahlah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya memberi pimpinan dan tuntutan kepada mereka.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang yang kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yang terbesar terutamanya mereka yang tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata kepadanya:

” Wahai Saleh! Kami kira bahwa engkau telah kerasukan syaitan dan terkena sihir. Engkau telah menjadi sinting dan menderita sakit gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau dengan tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata ucapan yang tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku bahwa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu drp kami semua sehingga engkau dipilih menjadi rasul, padahal ada orang-orang di antara kami yang lebih patut dan lebih cekap untuk menjadi nabi atau rasul daripada engkau. Tujuanmu dengan bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin bagi kaummu. Jika engkau merasa bahwa engkau sihat badan dan sihat fikiran dan mengaku bahawa engkau tidak mempunyai arah dan tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah usahamu menyiarkan agama barumu dengan mencerca persembahan kami dan nenek moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang tua kami lebih dahulu.”

Nabi Saleh menjawab:

” Aku telah berulang-ulang mengatakan kepadamu bahwa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun drpmu sebagai imbalan atas usahaku memberi tuntunan dan penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini yang aku lakukan semata-mata atas perintah Allah dan drp-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu. Dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menterlantarkan tugas dan amanat Tuhan kepadaku, padahal aku telah memperoleh bukti-bukti yang nyata atas kebenaran dakwahku. Jgnlah sesekali kamu harapkan bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk melanjutkan persembahan nenek moyang kami yang bathil itu. Siapakah yang akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu.”

Setelah gagal dan berhasil menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh dan dilihatnya ia bahkan makin giat menarik orang-orang mengikutinya dan berpihak kepadanya para pemimpin dan pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang makin lama makin mendapat perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.

Luahan Penulis:

Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kpd ku untuk menegakkan syiar agamamu sebagaimana yang engkau telah kurniakan kepada para anbia’


Wan Baihaqi bin Wan Ab Rahman,

Presiden PPI UNITEN.

Leave a comment »

Penyerahan Memorandum kepada Pihak Keselamatan UNITEN

memorandum

Unit Keselamatan UNITEN  23 oct , 03:45 p.m Majlis Tertinggi Persatuan Pengajian Islam (PPI UNITEN) menyerahkan memorandum kepada Pihak Keselamatan UNITEN bagi menyuarakan suara mahasiswa UNITEN berhubung isu Keselamatan di dalam UNITEN.

Memorandum itu diserahkan kepada Pihak Keselamatan UNITEN yang diketuai presidennya, Wan Baihaqi bin Wan Ab Rahman. Pertemuan antara Majlis Tertinggi PPI dan wakil MPP UNITEN, Seketeriat Latihan & Kepimpinan(P) : Nurhana binti Norhan bersama pihak keselamatan itu berlangsung kira-kira 45 minit.

Ketika ditemui di luar perkarangan perpustakaan UNITEN, Baihaqi berkata, tindakan Persatuan Pengajian Islam itu adalah demi mengambil berat isu keselamatan pelajar UNITEN yang berkait rapat dengan kebajikan pelajar-pelajar UNITEN

Menurut Baihaqi lagi, mereka mengambil tindakan menghantar memorandum itu berikutan tindakan sekumpulan pelajar di UNITEN yang hanya tahu mengkritik PPI sebagai tidak menjaga kebajikan pelajar sebagai satu badan dakwah utama di UNITEN.

Katanya lagi bahawa pihak keselamatan perlu mengambil tindakan segera termasuk meningkatkan lagi sistem keselamatan di UNITEN bagi mengurangkan kes-kes yang tidak diingini.

“Dalam memorandum itu juga, kita turut meminta agar pihak keselamatan UNITEN agar lebih peka dengan isu keselamatan di dalam kampus”,ujarnya.

Sementara itu menurut Faris Izzat yang turut hadir dalam kenyataannya menyebut bahawa pihak Keselamatan UNITEN telah menyambut baik wakil mereka dalam menyuarakan pandangan tentang isu tersebut.

Comments (1) »

Brotherhood of Muslim Camp 2009

bro Camp 09

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) menjemput PPI UNITEN untuk menghantar wakil ke satu program mereka, Bro MC ‘09

Program         : BROTHERHOOD OF MUSLIM CAMPING 2009

( Bro-MC ’09 )

Tarikh            : 22, 23 & 24 November 2009 (Ahad- Selasa)

Lokasi             : Sukida Resort , Semenyih

Sasaran          : 400 orang peserta

Yuran

Penyertaan : RM 25

Anjuran         : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Maklumat lanjut tentang program ini boleh di lihat di

http://bromc09.blogspot.com/

Kepada ahli PPI UNITEN yang berminat untuk menyertai program ini, boleh la menghubungi

FarouQ : 0122028611

Sebelum 1 November 2009

Leave a comment »

Final Exam : Ujian Bagi yang Beriman

Allah SWT bersabda di dalam Al-Qur’an yang bermaksud,

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah
beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “

(QS. Al ‘Ankabuut : 2-3)


Setiap hamba Allah SWT yang mengaku beriman kepada-Nya, akan diuji dengan perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Semuanya di jelaskan di dalam Al-Qur’an.

Bagi pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional, terutamanya ahli Persatuan Pengajian Islam yang bakal menghadapi Peperiksaan Akhir dari 26 Oktober sehingga 7 November ini, ingatlah semua itu adalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji siapakah di antara antum yang paling tahan ujian-Nya.

Maksudnya disini, Allah SWT bukanlah melihat sama ada antum pass atau fail Exam yang bakal antum lalui nanti, tapi setakat mana hubungan antum dengan Allah SWT tatkala mana antum terdesak untuk mendapatkan keputusan yang mantap di dalam Peperiksaan. Macam mana antum menstabilkan antara sunnatullah dan syariatullah. Sebagai contoh, ada yang akan menjauhkan diri daripada Allah SWT tatkala ‘tension’ dengan kerja yang maha banyak, naud’zubillahimin zalik. Siapakah kita di muka bumi ini untuk sombong dengan Allah SWT!? Peringatan ini ditujukan khas kepada diri sendiri yang mula-mula membaca artikel ini, dan amnya kepada semua pengunjung website PPI UNITEN.

Ucapan daripada ana, selamat berjaya dalam menduduki peperiksaan akhir, dekatkanlah diri lagi dengan Allah SWT sempena peperiksaan yang bakal tiba ini, moga-moga pendekatan diri kepada Allah SWT pada masa ini akan perpanjangan sampai ke akhir hayat. Kerana hanya Allah SWT yang mampu memberi segala-galanya yang antum mahukan dan perlukan di dunia dan di akhirat.

Wan Mohd Jihaduddin bin Wan Hassan

Timb Presiden

Persatuan Pengajian Islam

PPI UNITEN sesi 2009/10

Leave a comment »