tentang PPI UNITEN

Kami telah berpindah ke Laman Web Rasmi PPI UNITEN!

http://www.ppiuniten.com/

logo ppi

ASPIRASI PPIUNITEN

Melahirkan profesional-profesional Islam yang berilmu,beriman dan bertakwa kepada Allah


VISI PPIUNITEN

1. Penyebaran  dari aspek pengajian dan pendalaman kefahaman Islam

2. Pembangunan sahsiah dan akhlak

3. Kebajikan masyarakat

MISI YANG SEIRING DENGAN VISI

1. Melebarluaskan cerapan kefahaman Islam.

2. Menjadikan PPI sebuah persatuan yang mesra dengan warga kampus.

3. Mewujudkan budaya kerja yang lebih kemas, produktif, efektif dan efisien.

SEJARAH PPI UNITEN

Idea awal untuk menubuhkan satu persatuan yang akan menjadi badan induk bagi semua Pelajar Muslim Uniten timbul seawal tertubuhnya universiti ini iaitu 1 Julai 1997. Idea ini telah diutarakan oleh Ahli Jawantankuasa Kecil Surau Apartment Kompleks Barat (sekarang dikenali sebagai Kelompok Ilmu) setelah melalui beberapa proses perbincangan dengan beberapa pensyarah Uniten.

Ahli Jawatankuasa Kecil Surau Apartment pula merupakan jawatankuasa kecil yang dibentuk di bawah IKATAN Islamic Student Association (IISA). Setelah IKATAN dinaiktaraf sebagai sebuah universiti dengan nama Universiti Tenaga Nasional, IISA telah dimansuhkan dan semua persatuan yang sedia ada di IKATAN termasuk IISA dikehendaki mendaftarkan semula persatuan mereka di bawah Universiti Tenaga Nasional.

Bagi tujuan mendaftarkan semula persatuan ini, satu jawatankuasa penaja ditubuhkan bagi membincang dan menyiapkan kertas kerja penubuhan dengan dibantu oleh para pensyarah. Dengan izin Allah, tanggal 27 Ogos 1998, Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional Kampus Bangi telah berjaya ditubuhkan dan satu jawatankuasa tetap telah dilantik bagi menggantikan jawatankuasa penaja.


 

MOTO PPI UNITEN

“Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Islam Ditegak”


Moto ini adalah manifestasi kepada rangkuman maksud tersirat di sebalik logo PPIUNITEN. Untuk membawa mesej Islam, dakwah adalah mekanisme utama dalam setiap langkah dan tindakan pendokongnya. Tuturkata, perbuatan, personaliti, ketrampilan, diam dan sebagainya adalah dakwah sebagaimana yang disyariatkan. Perubahan-perubahan yang berlaku tidak akan sesekali menggoyah pendirian organisasi tetapi merupakan proses kematangan untuk mengukuhkan perjuangan. Akhirnya, dengan strategi dan perlaksanaan yang teratur, hasrat untuk melihat Islam berada pada tempatnya akan terlaksana, InsyaAllah