Dari Minda Presiden : The World is Getting Smaller

Sebelum saya terus meluahkan perasaan saya, saya ingin membawa sahabat-sahabat sekalian menghayati satu lagu popular Inggeris tahun 60-an. Namun begitu, saya nasihatkan agar sahabat-sahabat sekalian tidak terkejut dan membaca tulisan saya ini sekerat jalan hanya disebabkan mesej kurang sihat masyarakat barat yang ada dalam lirik lagu ini, sebaliknya saya minta sahabat-sahabat sekalian baca sehingga habis kerana setiap bahagian, yang awal dan yang akhir, masing-masing mempunyai hubungan. Semoga terhibur.


Mark Dinning – The World is Getting Smaller Chorus: Dum Diddly-Hi-Dee Dum Diddly-Aye, where can you hide away? Dum Diddly-Hi-Dee Dum Diddly-Aye, where can you hide away? 1. The world is getting smaller, the population grows, Where, Oh where can sweethearts go when they want to be alone? Out to the park we went walking to a quiet spot by the lake, We found some kids playing cowboy there and they wouldn’t go away – So no romance that day Chorus 2. We thought that we had the answer – a drive-in movie we planned But the only place we could find to park was next to the pizza stand – And that’s a busy stand….Chorus 3. The world is getting smaller, the population grows,Where, Oh where can sweethearts go when they want to steal a kiss? To Lovers’ Lane we went driving, when we parked, what did I find? My own kid sister was in the car that was parked by next to mine – And love withered down the line…… Chorus Where can you hide away? Where can you hide away? Where can you hide away? (fade out)


Dulu dan kini…

Saya tidaklah tahu gambaran masyarakat terdahulu bagaimana, namun saya rasa agak menarik jika benar lagu ini menggambarkan keadaan masyarakat terdahulu, sekurang-kurangnya ia dapat menggambarkan zaman 60-an kerana lagu ini popular sekitar waktu berkenaan.
Rasanya tidaklah perlu diulas secara terperinci senikata lagu ini. Bolehlah kita buat kesimpulan melalui lagu ini, bahawa pasangan kekasih sukar dan malu untuk berdua-duaan dan bermanja di zaman itu (itu di barat, saya buat kesimpulan awal – di timur lagi sukar).

Namun kini, angin telah berubah arah, kira-kira 180 darjah perubahannya,menongkah arus lalu. Si kumbang dan Si bunga ada di mana-mana. Si kumbang hilang segan, Si bunga hilang silu, bermesra tanpa menghiraukan kelibat mereka yang di sekeliling. Mereka yang di sekeliling yang mencari ketenangan seperti saya. Mereka yang di sekeliling yang masih kanak-kanak yang kurang sesuai untuk didedahkan dengan perbuatan. Mereka yang di sekeliling yang tidak gemar dengan tingkah laku kumbang dan bunga ini. Dan tambah mengejutkan ianya berlaku di rantau timur yang terkenal dengan adat resam dan kesopanan.


Pelayaran “Sahabat Gua”
Saya dan beberapa sahabat pergi berkelah di kawasan yang jauh. Niat kami, nak lari dari kesibukan bandar, nak lari dari tingkahlaku manusia yang kotor, nak cari damai di tempat terasing, nak cari jalan menggapai redha Allah. Seperti Nabi berkhalwat di Gua Hira’, seperti Ashabul Kahfi yang lari ke satu gua demi menyelamatkan iman. Kami nak jadi “Sahabat Gua”. Cadangan kami nak beribadah di tempat sunyi itu, sambil menikmati pemandangan sekeliling, melihat keagungan ciptaan Allah.

Namun lain pula yang menarik perhatian. Tidak mampu dinafikan, kelibat pasangan-pasangan Si kumbang dan Si bunga, itu sahaja cukup untuk mengalihkan tumpuan Sahabat Gua dari tujuan asal. Namun tak cukup dengan itu, macam-macam lagi dugaan, macam-macam fasad di atas muka bumi. Mungkin dugaan yang paling mencabar buat Sahabat Gua ini ialah melihat Si kumbang yang ingin jadi Si bunga. Hahaha, memang agak lucu bila mengenangkan kembali peristiwa itu. Namun rasa sedih jualah yang menyelubungi diri ketika itu. Sedih melihat kerosakan umat sedangkan diri masih lemah.


Dunia Semakin Kecil

Berbalik kepada lagu di atas, penulis lirik menceritakan dunia ini semakin kecil buat pasangan kekasih. Realitinya yang berlaku ialah dunia masih lagi kecil waktu itu buat mereka kerana kini yang berlaku dunia mereka adalah luas. Mereka mampu untuk bermanja mesra di mana-mana sahaja kerana terkikisnya sifat malu.

Lagu ini sepatutnya ditujukan buat Sahabat Gua. Dunia merekalah yang semakin kecil. Mereka makin sukar untuk mencari gua yang sempurna bagi menyempurnakan niat suci mereka.

Rasulullah saw bersabda; “ Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.” (Bukhari:9 & Muslim:151)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: