Dari Minda Presiden

PERUTUSAN PRESIDEN PPI ( EDISI SYAWAL 1430H)

Baihaqi a.k.a Mr Hairyman

Salam perpaduan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi pinjaman umur untuk kita meneruskan hidup di penghujung ramadhan ini. Marilah kita sama-sama menghitung balik diri kita adakah kita ini betul-betul menggunakan sepenuhnya peluang yang ALLAH berikan dibulan ramadhan ini. Moga-moga, kita semua dapat mengambil iktibar diatas semua peristiwa yang  berlaku dibulan ramadhan ini. Ramadhan bakal melabuhkan tirainya hanya beberapa hari sahaja lagi. Setelah itu, syawal pasti menjelma.

Pasti ada diantara kita ini yang telah membuat persiapan untuk pulang beraya dikampung. Pesanan saya, supaya anda semua lebih berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman nanti.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah & takziah diatas pelantikan MPP UNITEN yang baru. Moga-moga, dengan pelantikan anda semua, suara mahasiswa UNITEN dapat dibawa ke peringkat atasan.

Sebagai mengakhiri ucapan, saya mewakili warga Persatuan Pengajian Islam(PPI) ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UNITEN diatas kesalahan yang telah kami semua lakukan dan kami mengucapkan

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”.

Wallahua’lam.

Alahu Akbar-Allahu Akbar-Allahu Akbar-Walillahil Hamd

WAN BAIHAQI WAN AB RAHMAN,

PRESIDEN,

PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM

SESSI 2009/2010.

PPIUNITEN Activity

PPI UNITEN bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Putrajaya, 16 September 2009 – PPI UNITEN bersama dengan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di satu Majlis berbuka puasa di Putrajaya International Convention Centre PICC. Seramai 4 orang ahli PPI UNITEN termasuk Presiden PPI UNITEN sesi 2009/10 menghadiri majlis berbuka puasa tersebut.

Presiden Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Presiden PPIUNITEN beramah mesra dengan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.

ahli PPI

Pimpinan PPIUNITEN ke PICC Putrajaya,

dari kiri: Nurul Akma, Nur Fairuz, Wan Baihaqi dan Akram

PPIUNITEN Activity

Roadshow Ke UTP ’09 (RKU’09)

Nama Kelab/Persatuan: Persatuan Pengajian Islam, UNITEN, Putrajaya
Nama Program: Roadshow Ke UTP ’09 (RKU’09)
Motto: ” Kesatuan Pemikiran Menghadapi Cabaran ”
Tarikh Aktiviti: 13 September 2009
Tempat: ISLAMICA & Baitul Makmur, Universiti Teknologi Petronas (UTP)

EXPECTATION:

1. Meluaskan jaringan antara Rakan Masjid UTP dan PPI UNITEN.
2. Bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai pengurusan persatuan.
3. Bertukar-tukar idea tentang program-program dakwah yang dijalankan di UTP dan UNITEN.

PENYERTAAN

Saf Pimpinan Persatuan Pengajian Islam UNITEN 2009/2010,
Sasaran Penyertaan dr UNITEN : 14 orang
MTME Rakan Masjid

UTP, 13 September 2009 – Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya pihak dari UNITEN, Selangor  iaitu Persatuan Pengajian Islam (PPI) telah selamat tiba di UTP jam 12.00 tengah hari. Rombongan ini telah disambut oleh pihak Rakan Masjid, Utp  di ‘foyer V2’.

Roadshow ini telah dibahagikan kepada dua slot. Slot yang pertama diadakan di ‘MPP room’ manakala slot yang kedua bertempat di ‘Islamica Resource Center dan Baitul Makmur’.  Dengan mengadakan program ini, Rakan Masjid UTP dan PPI UNITEN dapat  membuahkan kerjasama yang mapan dan sepadu disamping meluaskan jaringan antara kedua-dua pihak. Tambahan pula, idea serta buah fikiran dari segi pentadbiran, pengurusan, dan program-program dakwah yang dijalankan di UTP dan UNITEN  dapat dikongsi bagi menghasilkan pentadbiran yang lebih sistematik dan untuk manfaat bersama.

Pihak Uniten menghantar seramai 20 orang wakil yang merupakan Majlis Tertinggi  dan Majlis Eksekutif PPI dan lajnah-lajnah seperti Tarbiah & kepimpinan (TnK), Dakwah & Islamic outreach (DIO), Integrasi & Perpaduan (InP), Kebajikan & Akademik (KnA), Ekonomi & Pemasaran (EnP) dan Penerbitan & Publisiti (PnP) . Begitu juga dengan Rakan Masjid, menghantar wakil yang terdiri daripada Majlis Tertinggi, Mejlis Eksekutif dan 9 lajnah yang terlibat (LIM, LTK, LAKAD, LKP LEK, LRKK, HELWI dan TJN).

Bagi slot pertama, lebih tertumpu kepada taa’ ruf diri, pembentangan port folio serta serba sedikit tentang Rakan Masjid dan PPI. Dimulakan dengan Rakan Masjid yang pada awalnya di gelar “Jawatankuasa Surau”. Kemudian ditukar lagi nama kepada “Biro Surau”, pada tahun 1997 “Islamic Outreach Unit (IOU)” merupakan nama bagi organisasi Rakan Masjid. Rakan Masjid mendapat namanya secara rasmi pada tahun 2007. Sejak pertama kali ditubuhkan sehingga kini, pebagai revolusi telah dilakukan bagi memastikan kesinambungannya terjamin. Setelah itu, PPI pula mengorak langkah dengan menceritakan serba sedikit latar belakang penubuhan PPI. Asalnya merupakan “AJK Surau Berkelompok” kemudian pada 27 Ogos 1998 telah diubah kepada PPI dan telah beralih pimpinan sebanyak 11 kali. Untuk pengetahuan,  wakil-wakil yang mengikuti roadshow ini baru sahaja dilantik dan baru tiga minggu menjawat jawatan tersebut.

Program diteruskan setelah selesai menunaikan solat  zohor berjemaah di Masjid An-Nur. Bagi slot kedua, hadirin telah dibahagikan kepada beberapa kelompok mengikut lajnah-lajnah yang berkaitan bagi melancarkan proses bertukar idea. Majlis Tertinggi bagi Rakan Masjid dan PPI telah bersemuka di Baitul Makmur dan saling membantu bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

Roadshow ini berakhir dengan sesi fotografi antara Rakan Masjid dan PPI. Kedua-dua pihak berharap hubungan yang dibina akan sentiasa diteruskan dan sentiasa bertukar-tukar buah fikiran. Pihak Rakan Masjid juga berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan selalu,bagi memperbanyak kenalan-kenalan serta bertukar-tukar idea dari segi pentadbiran, pengurusan, juga aktiviti dan program yang diadakan di kampus masing-masing.

http://www.rakanmasjid.com/