Isu Kepala lembu berdarah dan bantahan pemindahan kuil di Shah Alam : Pendirian PPIUNITEN

Tanggal 31 Ogos merupakan ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia. Namun begitu, sambutan menyambut tarikh kemerdekaan pada tahun ini agak terjejas ekoran berlakunya peristiwa ‘demonstrasi kepala lembu berdarah’ oleh penduduk seksyen 23, Shah Alam, Selangor. Peristiwa tersebut berlaku pada 28 Ogos, 3 hari sebelum sambutan hari merdeka. Hasilnya, satu perarakan ‘Kepala lembu berdarah’ dari masjid negeri ke pejabat SUK negeri, berlaku selepas solat jumaat. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, demostrasi tersebut berpunca daripada bantahan penduduk seksyen 23 yang tidak bersetuju dengan pemindahan kuil dari seksyen 19 ke 23. Sebab utama bantahan penduduk di kawasan tersebut ialah majoriti penduduk seksyen 23 adalah Melayu.

Persatuan Pengajian Islam Uniten (PPIUNITEN) melihat serius perkara ini kerana ianya melibatkan sensitiviti banyak pihak. Hakikat utama yang mesti disedari oleh semua warga Malaysia amnya, penduduk Shah Alam khususnya ialah mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia. Kepelbagaian ini membawa maksud kemajmukan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia. Tindakan membawa ‘Kepala Lembu Berdarah’ adalah tindakan yang boleh memarakkan bara api dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang. Tambahan pula terdapat usaha daripada pihak tertentu yang bertindak ‘mencurah minyak tanah ke api’ dengan menyebarkan surat layang berunsur perkauman (Melayu) ekstream bertebaran di atas jalan serta di Surau Seksyen 23.

Sejumlah besar Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditugaskan menbuat tinjau di sekitar kawasan tersebut telah menjelaskan bahawa beberapa Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) datang memadamkan contengan-contengan yang berbaur perkauman sempit itu dengan cat ringkas beberapa hari lepas. Tindakan yang tidak popular ini mesti dicegah dari sekarang dan berharap tidak akan berulang lagi pada masa hadapan kerana ia bercanggah dengan aspirasi Perdana Menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu 1MALAYSIA!

Oleh itu kunci utama untuk hidup dalam situasi ini ialah sikap saling memahami antara satu sama lain. Cara duduk semeja adalah cara yang terbaik bagi meleraikan permasalah yang berlaku ini. Maka, Persatuan Pengajian Islam UNITEN mencadangkan agar sesi perbincangan antara kerajaan negeri dan penduduk tempatan perlu diadakan secara lebih kerap. Hal ini supaya komunikasi dua hala menjadi lebih berkesan, lalu segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Tidak kira sama ada isu berbangkit timbul dari pihak penduduk mahupun kerajaan negeri. Menurut sumber kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjemput seluruh penduduk tempatan dan wartawan sendiri menyertai dialog harmoni bersamanya pada Sabtu, 5 September di Dewan Banquet MBSA.

PPIUNITEN mengharapkan agar kerajaan negeri lebih mengambil berat mengenai segala suara dari rakyat negeri memandangkan kerajaan Negeri telah mendapat mandat baru dari rakyat negeri Selangor sejak pilihan raya umum lalu. Sewajarnya pihak kerajaan negeri menjalankan tugas sebagai pemegang amanah pengurus tadbir negeri yang telah diberikan.

Akhir kata, PPIUNITEN berharap supaya menjadi kewajaran bagi semua pihak yang terlibat supaya duduk berbincang serta mengkaji situasi yang telah, sedang dan akan berlaku sebelum bertindak dengan lebih lanjut lagi. Segala tindakan yang kurang tepat akan merencatkan keharmonian masyarakat tempatan dan Malaysia yang telah wujud sejak sekian lama.


WAN BAIHAQI BIN WAN AB RAHMAN

Presiden

Persatuan Pengajian Islam 2009/10

Universiti Tenaga Nasional.

3 Responses so far »

  1. 1

    Tahniah presiden…walaupun baru menjawat jawatan tetapi mempunyai karisma yang tinggi dalam mendepani isu semasa. Komentar isu semasa yang mantap, semoga terus maju dan menjadi pemimpin yang boleh memimpin mahasiswa UNITEN ke arah kebebasan mahasiswa bersuara…..

  2. 2

    tilmizislam said,

    salam 1malaysia.
    saya sgt2 bersetuju dengan tuan presiden dan Saya kecewa dengan golongan2 yang berfikiran kolot, menggunakan hujah dangkal untuk menghalalkan tindakkan bodoh tanpa mengira sensitiviti kaum/agama lain. Setiap agama mendidik penganutnya agar menjadi penganut yang baik, jadi .. kenapa kita mesti prejudis terhadap mereka sehingga sanggup menghina dan mencerca mereka sehingga menggadai keharmonian dan keamanan hasil toleransi yang baik selama ini. Bukankan islam sendiri adalah agama yang adil ..walaupun dengan agama lain. Nabi sendiri memberi contoh yang baik dalam mengendalikan hubungan dengan bukan islam, misalnya semasa pembukaan kota mekah. islam mempunyai kuasa tetapi nabi tetap menjaga hak org bukan islam, memberi pembelaan selagi mana mereka tidak mengancam kedaulatan islam. kembalilah kepada islam yg sebenar, bukan islam warisan.. islam yg hanya di ic tp kufur dihati.
    tahniah dan syabas diatas keprihatinan tuan presiden dalam mendepani isu ni. jadikan amanah yg diberi sebagai modal untuk berniaga dengan Allah swt.
    moga dipermudahkan.

  3. 3

    lala said,

    Keprihatinan yang serius dlm isu “pemindahan kuil” ini sangat diperlukan dalam mendepani isu-isu semasa yang lebih besar fokusnya. Ia secara tidak langsung menunjukkan PPI yang selama ini kononnya lebih fokus kepada isu dalam kampus,adalah dangkal sama sekali.

    Berbalik kepada isu kepala lembu berdarah,walaupun kerajaan negeri telah duduk semeja dengan penduduk tempatan,ttp sikap “keras kepala” sesetengah pihak yg masih belum mampu mendengar penjelasan sedikit sebanyak membantutkan usaha kerajaan negeri yang ingin mencari titik penyelesaian.Jadi bagaimana mahu wujudkan kata sepakat?

    # kalau mereka “non-muslim” boleh mendengar azan 5x sehari tiap-tiap hari dari masjid kita,kenapa kita juga tidak boleh b`tolak ansur dgn mereka ?


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: