Penggerak yang Menggerakkan vs Penggerak yang Bergerak?

Oleh : Rohaizah binti Wahab*

Aktiviti kita selaku Dai’e insya-Allah sentiasa mencari mad’u utk kita sama menjalani proses pentarbiyahan dalam usaha menjalankan misi dakwah kita tak kira dimana dan tak kira apa jua ‘method’ inputnya.

Definisi untuk yang menggerakkan dan yang bergerak merupakan satu ‘term’ yang berbeza maksudnya.

Yang menggerakkan pasti tahu kenapa dan mengapa mereka harus bergerak dan mengerakkan usaha dan tanggungjawab mereka tanpa dipaksa relakan. Namun yang bergelar penggerak yang bergerak…bagi saya satu definisi penggerak yang hanya mampu bergerak tatkala arahan dan seruan diberikan. Bilamana tiada arahan, sunyi sepi jadinya..

Bukan mahu menuding jari kepada sesiapa, ia juga merupakan satu muhasabah buat diri saya juga. Memang betul bagi melahirkan Penggerak yang Mengerakkan merupakan satu cabaran dalaman yang cukup kuat buat kita. Tak kira didalam platform mahupun diluar platform dakwah kita. Kita akan mula memberikan respon yang cukup kuat bila mana satu isu sensasi terwujud.

Contohnya seperti isu memboikot barangan israel. Rata-rata yang saya lihat, sudah tidak endah dengan slogan MEMBOIKOT ini lagi. Bukan sahaja slogan, namun tindakan dari pihak kita sendiri. Yang memahami terus istiqamah..yang kurang memahami kita boleh lihat sendiri. Produk-produk mereka saban hari diwar-warkan di media-media utama negara kita, semakin rancak dan hebat promosinya pula. Semoga kita semua sentiasa istiqamah bukan atas dasar “BOIKOT” sahaja, namun atas kepekaan keatas kezaliman yang dilakukan oleh musuh-musuh islam ini.

Teladannya buat kita aktivis dakwah dibumi UNITEN khususnya pendokong dan penggerak Persatuan Pengajian Islam (PPI UNITEN), didalam mnyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran bermula dari dalam diri kita sendiri selaku Penggerak yang Mengerakkan, bukan selaku penggerak yang hanya bergerak. Dan disamping bergerak secara berjemaah kita sendiri selaku individu dalam sesebuah organisasi merupakan komponen penting dalam menggerakkan ‘motor’ dan ‘generator’ organisasi kita supaya ‘output’ yang dikeluarkan berjaya menghasilkan sebuah organisasi yang tidak lagi ditertawa dan disindirkan oleh sesetengah pihak. Kita buktikan kita bukan sebuah organisasi seperti kapal yang bakal karam, namun bot kecil yang ‘kecil’ namun mampu utk mengharungi dan membawa penumpangnya sampai ke destinasi meskipun bot ‘kecil’ kita tidak terlalu mewah utk ditumpangi.

Namun bagaimana kita hendak menjadi penggerak yang menggerakkan?

Bagi pendapat saya, salah satu langkah terbaik adalah melalui dakwah fardhi. Ini adalah langkah asas dalam pembinaan generasi pelapis. Saya yakin, dengan fikrah dan tarbiah yg kita peroleh, seharusnya kita berupaya menampilkan sahsiah maknawiyah. Melalui sahsiah dan peribadi yg bersih insya-Allah memungkinkan kita mudah disenangi oleh mad’u kita.

Kita semua tahu dan membaca rukun Dakwah fardhi bermula dgn taaruf. Namun sejauh mana kita mengoperasikan teori yg hebat ini? Sedar tak sedar, selepas kita hampir menamatkan pengajian kita di kampus, generasi pelapis dakwah dan tarbiyah semakin mengecil…. mengapa?

Kerana usaha menggerakkan dakwah fardhiah tidak berjalan dgn baik dan terancang.

Seperti yang sahabat semua ketahui, antara 3 petua kejayaan seorang Dai’e adalah :

1. Iman yg mendalam

2. Perancangan yg rapi

3. Usaha dan Amal yg berterusan (Istiqamah)

Dalam mana usaha kita utk mencapai tahap kejayaan, mehnah dan ‘tribulasi’ pasti ada datang menjenguk. Kadang-kadang kita rasa nak buat dakwah fardhiah ni ikut musim dan masanya sahaja, tapi ingatlah dakwah bukan jongkang jongkit! Adakalanya, menyepi..tiba-tiba menyenggulkan diri.

Antara sebab lain mengapa sukar untuk melaksanakan dakwah fardhi, daripada pengalaman saya :

1. Tidak ada hati dan perasaan untuk melaksanakannya

Macam-macam alasan diberikan, tak bersedia, tak mampu, tak pandai, tak reri, tak ada sahabat kat sini, dan bermacam-macam lagi.

2. Tidak memiliki jiwa Da’ie.

Ya, hanya sang Dai’e yg ikhlas, memahami simpang siur dan cabaran dakwah, konsisten dgn tarbiah, memahami sirah Rasulullah saw dan para sahabat, memahami apa erti menjadi Da’ie. Tapi ingatlah, dakwah WAJIB dilaksanakan selagi mana iman dan islam ada di hati, ia bukan satu pilihan untuk tidak berdakwah!

3. Tiada grand design dakwah kampus.

4. Tiada kemahiran dakwah fardhi dan pengurusan Halaqah berkesan.

5. Ada lagi karat-karat jahiliah yang melekat di hati. Astagfirullah.

6. Tiada koordinasi atau komunikasi antara penggerak kampus dengan alumni.

7. Tidak bijak atau pandai mengurus masa dan emosi.

8. Tidak konsisten dgn tarbiah.

9. Tidak menjaga hubungan dengan Allah swt.

Segala pesanan di atas adalah khususnya untuk peringatan buat diri sendiri. Kerana saya juga masih membina motivasi utk terus menjalankan misi dakwah fardhiah.

Tegurlah saya jika saya sendiri tidak menjalankan misi ini kerana saya juga sentiasa leka dan alpa. Dan yang pastinya…Jom!!! sama-sama kita mantapkan ‘skill’ dakwah fardhiah kita dan tingkatkan lagi usaha kita.

Insya-Allah..semoga kita menjadi PENGGERAK YANG MENGGERAKKAN bukan lagi PENGGERAK YANG hanya BERGERAK

“Orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat.”

~ Surah At-Taubah : 71 ~

———–———–———–———–

* Penulis seorang aktivis PPI UNITEN,

Pelajar tahun akhir jurusan Electrical & Electronic Engineering,

Timbalan Exco Dakwah & Islamic Outreach (DIO),

Sesi 2006/07


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: