Perutusan Banjir 2009

Assalamu ‘Alaikum w.b.t
Salam sejahtera…

Allah mendatangkan bencana dengan kesan yang amat dahsyat kepada rupa bentuk muka bumi serta budi dan emosi insan. Kata-kata tidak dapat menggambarkannya. Malah melihat dengan mata sendiripun belum pasti dapat menginsafinya. Banjir besar yang melanda negara kita ini menjadi satu contoh ujian Allah terhadap insan.

Kita melihat lebih dari 6000 orang menjadi mangsa dalam bencana kali ini. Negeri-negeri yang terjejas termasuklah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Perak. Di negeri saya sendiri, Kelantan Darul Naim, lebih 4000 orang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara banjir, malah ada yang menjadi korban kepada bencana ini!

Sistem perhubungan turut menerima kesannya apabila jalan-jalan terpaksa ditutup. Sumber pendapatan rakyat menjadi terjejas, baik dari sudut pertanian mahupun perniagaan. Sawah padi menjadi rosak. Kedai-kedai terpaksa ditutup. Kesannya yang besar dapat dilihat dengan langkah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang memperuntukkan RM 2.2 bilion, dan kerajaan Perak yang memperuntukkan RM 9 juta semata-mata untuk mengatasi masalah banjir ini. Ini yang dilaporkan oleh akhbar perdana. Kita boleh mengagak kos sebenar untuk mengatasi masalah ini adalah lebih dari itu.

Yang paling malang ialah mereka-mereka yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ada sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat banjir ini.

Apakah mesej di sebalik bencana ini? Allah telah berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 190-191, yang membawa maksud Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya! Saya teringat kata-kata seorang penyayi folk terkenal dari Indonesia, Ebiet G. Ade dalam lagunya ‘Berita kepada Kawan’ yang menceritakan sebab berlakunya musibah ini.

Mungkin Tuhan mulai murka melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
Atau alam mulai bosan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang

Mungkin ada benarnya di situ. Musibah juga merupakan satu ujian kepada insan daripada Allah untuk mengenal pasti mana di kalangan hambaNya yang beriman. Anda boleh rujuk surah al-Ankabut, ayat 2.
Maka, insaflah dan bersabarlah dalam menghadapi ujian ini.

Di ruang yang sempit, saya mewakili seluruh ahli Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir. Kami berharap anda semua bersabar dalam menghadapi musibah ini. Kami semua berdoa semoga Allah mempermudah urusan kalian di esok hari, insyaAllah
Sekian, Wassalam.

Wan Baihaqi Wan Ab Rahman
Presiden,
Persatuan Pengajian Islam UNITEN,
Sesi 2009/2010

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: