Kunjungan Ke Morib

18 Dec ’09 – Saff pimpinan PPI UNITEN Putrajaya mengujungi pantai Morib untuk program BBQ , kira-kira pukul 8.30 pagi kami bertolak dari masjid Uniten dan tiba di pantai Morib kira-kira pukul 9.45 pagi dengan melalui jalan lama. Setibanya kami di sana kami terus mencari tempat untuk berkelah.

Untuk slot yang pertama, kami semua memulakan dengan slot suai kenal secara lebih terperinci, setiap daripada kami akan menceritakan segalanya yang ingin dikongsi bersama.

Selepas sahaja selesai sesi ta’aruf , muslimin menyediakan kelengkapan untuk BBQ manakala muslimat menyediakan minuman and makanan . Sebaik jer muslimin habis solat kita orang pun terus bertukar tugasan, muslimin mula panggang bbq, yang muslimat menunaikan solat zohor. Bak kata pepatah kusangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, begitu jualah nasib kami yang kehujanan ketika memanggang makanan. Oleh itu kami berpindah tempat yang lebih redup untuk berteduh dan meneruskan sesi memanggang bbq.

Disini satu lagi slot bermula dimana Exco/i akan bersama Helwani & Presiden, dalam slot ni setiap exco/i hendaklah menyebut satu tanggungjawab seorang pemimpin dan wajib bagi dia orang untuk mengingatinya. Sejurus habis slot ini, saf pimpinan menjamu selera.

Selesai makan kami mnengemas tempat santapan kami sambil menikmati permandangan pantai Morib untuk kali terakhir sebelum pulang ke Putrajaya. Tetapi disebabkan waktu asar sudah pun masuk kami bersolat dahulu sebelum pulang. Sekitar jam 6.30 petag kami tiba di masjid UNITEN.


Biro Penerbitan & Publisiti.

Islamic Studies Society (ISS/PPI),

Universiti Tenaga Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: