Bicara Presiden PPI

Assalamualaikum dan salam mahabbah, saya ucapkan buat rakan-rakan yang baru   menjejakkan kaki ke bumi UNITEN ini. Masih tak terlambat lagi untuk saya ucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan anda  semua kerana telah dipilih untuk menjadi salah seorang penuntut disalah sebuah universiti ternama di negara kita. Sama-samalah kita sujud dan mengucapkan syukur kepada yang Maha Esa diatas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita ini.

Namun berwaspadalah, sesungguhnya didalam kegembiraan rakan-rakan menyambut kejayaan yang sedang dikecapi sekarang ini, sebenarnya anda semua telah melangkah masuk ke satu alam yang baru, yang mana ia merupakan satu alam yang penuh dengan cabaran dan kebebasan. Ingatlah, betapa besarnya harapan yang diberikan oleh ibu bapa kita untuk melihat kita berjaya memperoleh segulung ijazah.

Percayalah sahabat, sesungguhnya dugaan dan rintangan yang anda bakal tempuhi di alam universiti ini sungguh hebat. Maka, anda semua perlulah bersedia dari sekarang supaya tidak tewas di medan perjuangan menuntut ilmu nanti.Jagalah hubungan sahabat-sahabat dengan ALLAH, sesungguhnya hanya kepada-Nyalah tempat untuk kita bergantung.

Akhir kata, saya doakan moga-moga impian rakan-rakan untuk berjaya di bumi UNITEN ini tercapai, insyaALLAH. Sebagaimana firman ALLAH swt di dalam Al-Quranul karim dimana maksudnya :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Wan Baihaqi Wan Ab Rahman,

Presiden,

Persatuan Pengajian Islam

Sessi 2009/2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: