Perutusan Nuzul Qur’an Presiden PPI UNITEN 2010/11

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Segala puji bagi ALLAH tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Dikesempatan yang ada ini, saya ingin menyeru kepada diri saya dan semua pelajar muslim UNITEN marilah sama-sama kita mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi pinjaman umur untuk kita meneruskan ibadah puasa kita yang sudah memasuki fasa yang ketiga iaitu fasa pembebasan dari api neraka.

Sedar tidak sedar, masa berlalu dengan begitu pantas. Oleh itu janganlah kita menggolongkan diri kita kedalam golongan orang-orang yang rugi.

Firman ALLAH swt “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian.  Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar” (Al-Ashr : 1-3)

Mahasiswa-mahasiswi sekalian,

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Pendek kata, segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah s.w.t “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)”. (Al-An’am:38)

Saya sekali lagi ingin menyeru kepada semua pelajar UNITEN, marilah sama-sama mempertingkatkan usaha kita untuk mendalami al-Quran. Sesungguhnya ia bukanlah kerja yang sia-sia. Tambahan pula dibulan ramadhan ini, segala ibadah yang kita lakukan akan digandakan pahalanya.

Di kesempatan ini juga, saya mewakili saf pimpinan Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN sesi 2010/2011 yang baru sahaja dilantik mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan MPP yang baru sahaja dibentuk. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun idea yang ingin dilontarkan kepada PPI untuk sesi kali ini. Tegurlah kami diatas setiap kesalahan yang kami lakukan. Marilah kita membudayakan kembali budaya nasihat-menasihati ini. Sesungguhnya, menegur pemimpin itu adalah merupakan satu jihad. Bantulah kami dalam membawa da’wah islam ini dengan sebaiknya.

Ahmad Farouq bin Abdul Aziz,

Presiden Persatuan Pengajian Islam,

PPI UNITEN sesi 2010/2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: