Ucapan dasar Presiden di Muktamar ke-12 PPI UNITEN

Alhamdulillahirabb-ila’lamin was sholatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiaya’I wal-mursalin, wa ‘ala alihi wasohbihi ajmai’n. Subhanaka la ‘ilma lana illa ma ‘allamtana, innaka anta al’alimul hakim. Rabbi srohli sodri wa yassir li amrii wah lul ‘uqdatan min lisani yaf qahu qauli.

Firman Allah swt : tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 256-257)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wahai saudara-saudaraku sekalian, ingatlah bahawa ketika mana Allah hendak menciptakan Adam A.S, ianya dipersolakan oleh para malaikat. Mengapakah Allah hendak menciptakan makhluk yang akan melakukan huru-hara diatas muka bumi, yang akan melakukan kerosakan diatas muka bumi dan yang akan melakukan pertumpahan darah di atas muka bumi. Namun, sesungguhnya pengetahuan Allah itu maha luas dan ianya tidak terbatas. Kita manusia merupakan makhluk sebaik-baik ciptaannya. Kita diberikan akal untuk berfikir. Oleh itu, janganlah saudara-saudara merendahkan diri saudara setaraf bahkan lebih hina lagi dari binatang ternakan.

Firman Allah swt : dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai. ( Al-A’raf : 179 )

Muktamirin muktamirat sekalian,

Ketauhilah bahawa betapa kasih dan sayangnya Allah swt terhadap kita sehingga ia membenarkan kita untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan al-mubarak pada tahun ini. Sesungguhnya inilah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang soleh untuk mereka merapatkan lagi hubungan kasih-sayang antara mereka dengan yang maha esa. Sejarah telah mempamerkan kehebatan umat-umat islam yang terdahulu dimana mereka telah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hendak menentang musuh-musuh islam ini.

Ingatkah kita akan peristiwa badar al-kubra? Lupakah kita akan kemenangan tentera al-ayyubi keatas tentera salib? Pembukaan kota mekah juga berlaku pada bulan yang mulia ini.

Oleh itu, atas semangat bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama bermuhasabah akan perjalanan PPI sepanjang sesi 2009/2010 agar ianya dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang telah berlaku supaya ianya tidak lagi berulang kembali. Kita bermuktamar bukan hendak mencari siapa salah siapa betul, tetapi apa yang kita mahu ialah  solusi bagi setiap masalah yang timbul. Moga-moga cahaya Islam lebih bersinar di bumi UNITEN pada masa akan datang.

Muktamirin muktamirat sekalian,

PERJUANGAN ISLAM ADALAH PERJUANGAN YANG TIDAK BERNOKTAH

Firman Allah swt : Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israel beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang. ( Asy-Shaff : 14 )

Islam sentiasa menghadapi tentangan. Contoh yang paling ketara yang dapat kita ambil pengajaran daripada sirah Rasulullah s.a.w. ialah apabila baginda berdakwah dengan orang ramai tentang Islam supaya mengucap syahadah La ilaha illa Allah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata, : “Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).” Peristiwa ini menggambarkan bahawa penentangan terhadap Islam adalah perkara yang sentiasa berlaku sebagaimana ia telah berlaku ke atas nabi-nabi yang terdahulu.

Namun faktor utama penentangan itu bukanlah kerana faktor batang tubuh individu atau golongan yang menyeru, tetapi kerana seruan Islam itu sendiri. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri ditentang bukan kerana peribadi baginda yang sudah terkenal sebagai al-Amin dan pernah diberi kepercayaan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah perletakan Hajar al-Aswad dalam peristiwa banjir besar di Makkah sebelum kenabian baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Jihad itu berterusan sejak aku dibangkitkan sehingga umatku yang terakhir membunuh Dajjal”.

Oleh itu marilah saudara-saudaraku sekalian usahlah kita berputus asa kerana perjalanan kita masih lagi jauh. Marilah sama-sama kita bersatu!

MENAMBAHKAN MEDIUM DAKWAH ISLAM

Persatuan Pengajian Islam (PPI) merupakan salah sebuah persatuan yang mempunyai misi yang jauh kehadapan. Misi ini bukan hanya bermanfaat ketika di dunia semata-mata, tetapi ia juga bermanfaat untuk kehidupan selepas mati. Kami telah berusaha untuk menyuburkan suasana dakwah di bumi UNITEN ini. Sesungguhnya banyak medium dakwah yang terdapat di sini. Jadi, kami telah menggunakan segala kemudahan yang ada untuk menyebarkan risalah ini. Kami telah berusaha untuk menghidupkan kembali surau-surau di dalam uniten ini. Ada yang kami hiaskan dengan ayat-ayat al-quran dan ada juga yang kami adakan majlis-majlis ilmu. Begitu juga dengan pegedaran risalah. Kami telah mengeluarkannya secara berkala dan isi kandungannya lebih menarik. Ianya bukan sahaja membincangkan hal-hal ibadat, tetapi kami masukkan juga unsur motivasi dan kehidupan seharian.

MELUASKAN JARINGAN HUBUNGAN ANTARA PIMPINAN PPI DENGAN WARGA KAMPUS

Antara misi kami pada kali ini kami ingin mengurangkan rasa takut pelajar-pelajar UNITEN terhadap persatuan islam. Ada sesetengah antara mereka yang berpendapat bahawa persatuan PPI ini hanya untuk mereka yang baik-baik sahaja. Ada juga yang berpendapat PPI ini terlalu jumud. Apa yang telah kami lakukan ialah kami tawarkan program kerjasama dengan kelab-kelab lain. Antaranya kelab astena, kelab PRS dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka dapat mengenali bagaimanakah sikap sebenar pimpinan PPI. Ternyata ianya tidak seperti yang dimomokkan.

Bagi muslimat pula, mereka tidak hanya berkawan dengan yang bertudung sahaja, tetapi mereka yang tidak bertudung juga dijadikan sahabat baik mereka. Inilah transformasi yang telah kami lakukan untuk mengurangkan salah faham mereka yang diluar sana terhadap pimpinan persatuan islam. Selain itu juga, satu kunjungan hormat bertemu dengan pengarah HEP telah dilakukan sebaik sahaja kami ditaklifkan sebagai pimpinan. Pengarah HEP telah memberi harapan yang begitu tinggi terhadap persatuan PPI ini untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh dedikasi.

MENJAGA KEBAJIKAN WARGA KAMPUS

Ini juga merupakan perkara yang diberikan penekanan pada sesi kami. Persatuan Pengajian Islam (PPI) merupakan sebuah kelab yang berada dibawah naungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Jadi, menjadi tanggungjawab kami untuk membantu MPP menjaga kebajikan pelajar-pelajar UNITEN. Antara yang telah kami lakukan ialah pada semester lepas, satu memorandum keselamatan telah dihantar kepada unit keselamatan UNITEN. Memorandum ini telah diterima sendiri oleh ketua pegawai keselamatan. Selepas itu sesi diskusi telah berlaku selama lebih kurang satu jam antara wakil dari MPP dan pimpinan PPI dengan ketua pegawai keselamatan itu sendiri. Selain itu, kami juga telah membekalkan soalan-soalan “past year” kepada para pelajar dengan harga yang murah. Hasil dari maklumbalas yang diterima, para pelajar begitu menghargai akan usaha gigih yang telah kami lakukan.

MEMPERLUASKAN PUBLISITI BERKAITAN PPI

Publisiti dan promosi merupakan salah satu elemen penting yang menyumbang kepada faktor kejayaan dakwah. Tambahan pula kami banyak menerima rungutan daripada para pelajar yang mengatakan PPI ini selalu mengadakan aktiviti untuk golongan-golongan yang tertentu sahaja. Setelah diteliti akan masalah ini kami para pimpinan percaya bahawa kurangnya publisiti terhadap sesuatu program adalah sebab mereka berkata sedemikian. Oleh itu, sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat, kami pada sesi kali ini telah mengoptimumkan penggunaan yahoo group, website dan blog rasmi PPI. Tidak lupa juga kepada penggunaan facebook. Ianya secara tidak langsung dapat menyebarkan maklumat mengenai sesuatu program yang dianjurkan secara lebih pantas dan mudah.

Muktamirin muktamirat sekalian,

Ternyata perjuangan Islam ini masih lagi jauh daripada kemenangannya. Di sepanjang perjalanan ini, penuh tangan-tangan yang berusaha untuk memadamkan cahaya kebenaran ini. Firman Allah swt : dan di antara manusia ada Yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah : 8-9 )

Dalam kitab ‘Apa Erti Saya Menganut Islam?’ karangan Ustaz Fathi Yakan ada menggariskan, seorang mu’min sewajarnya meyakini bahawa masa hadapan yang gemilang adalah untuk Islam. Oleh itu, sekali lagi saya ingin mengajak saudara-saudara sekalian marilah sama-sama kita bersatu dalam menyebarkan syiar islam di bumi UNITEN ini. Dikesempatan ini juga, kami para pimpinan PPI sesi 2009/2010 menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf diatas segala kekurangan yang telah berlaku pada sesi kami. Moga-moga segala yang baik dapat dijadikan contoh dan yang buruk dapat diambil iktibar agar islam dapat kembali mentadbir dunia ini dengan penuh rahmat dan berkat. Saya mendoakan agar para pimpinan PPI pada sesi akan datang terus istiqamah dalam melaksanakan kerja yang mulia ini.

Saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini dengan memetik wasiat yang kesepuluh Ash-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya”

Sekian, wabiLlahi taufiq wal hidayah, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wan Baihaqi Wan Ab Rahman,

Presiden,

Persatuan Pengajian Islam,

Universiti Tenaga Nasional,

(Sesi 2009/2010)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: