Perutusan Presiden sempena Aidilfitri 1431H

Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Aidilfitri kepada seluruh warga UNITEN. Syukur ke hadrat Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang kerana masih dikurniakan nikmat Islam dan iman serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Dalam kesayuan hati menempuh saat-saat akhir Ramadhan tahun ini, ingin saya mengambil kesempatan ini mewakili seluruh saf pimpinan Persatuan Pengajian Islam sesi 2010/2011 untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin. Semoga kegembiraan syawal kali ini Allah datangkan kepada kita atas ganjaran kemenangan perjuangan kita di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang datang sebelumnya.

Suka saya berpesan kepada diri saya sendiri dan saudara-saudari sekalian bahawa, janganlah dirugikan peluang ini untuk memohon keampunan Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan dan memohon maaf kepada sesiapa sahaja. Bahkan tidak lupa juga dengan kerelaan hati memaafkan orang lain sesama kita. Marilah kita sama-sama merendahkan sikap ego dan bongkak kita, demi menjalin ukhuwwah Islamiyyah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Seperti firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 132-133; “Dan bersegeralah kamu kepada pengampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, yaitu orang-orang yang menafkahkan, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa pasti tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan bukan sahaja kepada Pencipta, malah sesama mahluk. Adalah menjadi langkah yang lebih bijak jika terlebih dahulu kita memohon keampunan dan restu daripada kedua ibu bapa kita. Agar amanat yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk berjaya sebagai seorang mahasiswa di bumi UNITEN ini terus menjadi pembakar semangat kita di kala susah mahupun senang. Sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa untuk mencapai kejayaan yang unggul di menara gading ini bukannya satu perkara yang mudah. Tetapi dengan adanya doa dan restu ibu bapa, hasrat untuk manjadi peribadi mahasiswa yang seimbang dari segi IQ, SQ dan EQ adalah tidak mustahil bagi semua mahasiswa Islam di UNITEN.

Peristiwa yang menarik untuk dicungkil sempena bulan Syawal ini tidak lain dan tidak bukan ialah peristiwa perang Uhud itu sendiri. Pelbagai pengajaran dari bermacam-macam aspek boleh dimanfaatkan. Antara ialah apabila tentera Islam diserang semula oleh tentera musyrikin dari atas bukit, dapat kita pelajari bahawa sikap tamak dan bodoh tidak dapat membawa kepada apa-apa kebaikan melainkan hanya kepada kekalahan dan kerugian yang sia-sia. Begitu juga dengan khabar angin tentang kewafatan Rasulullah di medan perang telah menjatuhkan semangat juang beberapa tentera Islam ketika itu. Seharusnya perlu kita ingatkan bahawa kita perlulah lebih berhati-hati dalam menelaah sesuatu khabar yang telah sampai kepada kita. Amalkanlah sikap terperinici mengenai sesuatu hal yang PATUT DIPERINCIKAN agar kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang jahil.

Akhir kata, pergunakanlah waktu dan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah dengan perkara-perkara yang bermanfaat kepada diri dan ummah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita dalam memperjuangkan amanah Islam yang telah kita dipertanggungjawabkan serta kita berjaya untuk memperoleh kebaikan yang yang telah Allah janjikan di akhirat kelak. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: