Tema Tahun Ini untuk Maulid Nabi 2012

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..

Alhamdulillah wa syukurlillah di atas kesepaduan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah S.W.T kepada kita yang tidak pernah putus.Selawat dan salam kita panjatkan kepada kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W yang kita sanjungi  sebagai ‘Role Model’ kepada seluruh Ummah.

Salam maulidurlrasul 1433H kepada seluruh umat Islam dan warga UNITEN yang sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Semoga kita sentiasa menghayati latar belakang dan perjuangan nabi kita nabi Muhammad S.A.W yang  berjuang dengn jerih perit baginda menyampaikan risalah Allah sehingga nikmat Islam dapat kita rasai pada hari ini.SUBAHANALLAH

Ya Rasulullah, apakah tidak sebaiknya saya timpakan gunung itu kepada mereka, “ pinta Malaikat penjaga gunung kerana geram atas hinaan bani Thaif kepada Rasulullah.dengan penuh lemah lembut baginda menjawab “Tak usah wahai malaikat, mereka hanyalah orang-orang yang belum mengerti. Semoga Allah membukakan hati mereka kepada kebenaran”, jawab Rasulullah seraya tersenyum. Inilah sikap Rasulullah S.A.W dalam menghadapi hinaan dan celaan orang-orang Thaif.Walaupun dicerca dan dibaling batu sehingga berdarah tubuhnya hanya semata ingin menyampaikan risalah Allah tetapi degan akhlak baginda,Malaikat hanya akur dengan keputusan Rasulullah.

Laqad kâna lakum fi rasulillahi uswahtun hasanah li man kana yarjullâhi wal yawmal akhîra wa dzakarallâha katsîra”. Yang bermaksud “sudah ada bagimu pada diri Rasulullah suri tauladan yang baik, yakni bagi orang-orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat dan bagi orang yang banyak mengingat Allah (QS. Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad S.A.W telah mengajar kita akan kesabaran dan kasih sayang. Sebab, cahaya Islam akan tersingkap dengan tingkah laku dan kata yang baik. Islam adalah rahmatanlil’alamin, Islam akan bercahaya dengan umatnya yang meneladani Manusia Terbaik di muka bumi ini. Kata kotor, laku kasar, caci maki dan benci justeru akan menjauhkan manusia dari cahaya Islam. Kita sepatutnya malu, jika cahaya Islam itu terhalang oleh perilaku kita yang tidak mencontohi Nabi Muhammad SAW.

Rindu kami padamu Ya Rasul
Rindu tiada terperi
Berabad jarak darimu Ya Rasul
Serasa dikau disini

Cinta ikhlasmu pada manusia
Bagai cahaya syurga
Dapatkah kami membalas cintamu
Secara bersahaja

Rindu kami padamu Ya Rasul
Rindu tiada terperi
Berabad jarak darimu Ya Rasul
Serasa dikau disini.

Wahai sahabat,ayuhlah kita sama-sama menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah S.A.W. Timbulkanlah rasa cinta kepada baginda.Ingatlah wahai sahabat, kita adalah umat akhir zaman. Umat yang dimuliakan Allah jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu.Walaupun amalan kita tidak sehebat amalan umat-umat sebelum ini,yakin dan percayalah wahai sahabat,nikmat umur 60 tahun ke 70 tahun yang Allah berikan ini jika digunakan sebaiknya untuk mendapat Mardhotillah Insyallah syurga akan menanti kalian. Sekali lagi saya menyeru kepada kalian ayuh kita sama-sama banyakkan berselawat ke atas nabi kekasih Allah :

~Allahumma soli’ala saiyidina Muhammad wa’aala ali      hi wasahbihi wabarik wasalim~

SYAFIEE BIN MOHD RAFEE

PRESIDEN,

PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: