NOTIS PEMILIHAN SAF PIMPINAN

NOTIS PEMILIHAN SAF PIMPINAN
PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

MEMILIH AHLI SAF PIMPINAN PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM (PPI) SESI
2017/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Jawatankuasa Pemilihan telah menetapkan untuk mengadakan Pemilihan bagi memilih
Ahli Saf Pimpinan Persatuan Pengajian Islam bagi Jawatan PRESIDEN, TIMBALAN
PRESIDEN,SETIAUSAHA AGUNG, BENDAHARI KEHORMAT, PENGERUSI HELWANI dan
Jawatan AHLI SAF PIMPINAN (Exco).

1. Hari Akhir Pencalonan bagi Pemilihan tersebut akan diadakan pada: 17 Julai 2017 (AHAD) selewat -lewatnya jam 10.30 pagi. Sekiranya Pemilihan bagi Jawatan berkenaan dipertandingkan, maka pengundian akan diadakan sewaktu Muktamar Sanawi (AGM) PPI .

2. Tiap-tiap Calon mestilah dicalonkan dalam satu Borang Pencalonan yang berasingan (dibuat dalam dua salinan beserta dua keping gambar berwarna). Borang Pencalonan, Borang Akuan dan Buku

3. Tiap-tiap salinan Borang Pencalonan mestilah ditandatangani oleh seorang “Pencadang” dan seorang “Penyokong” yang berkelayakan untuk mengundi dalam Pemilihan Saf Pimpinan PPI dan persetujuan

4. Calon yang telah didapati layak bertanding boleh diisytiharkan “Menang Tanpa Bertanding” bagi jawatan tersebut jika jumlah Calon sah yang diterima untuk dipertandingkan tidak melebihi daripada

5. Ahli-ahli PPI yang ingin bertanding sebagai Calon diingatkan supaya membeli “Buku Panduan Dan Peraturan Pemilihan” dengan segera bagi mempastikan pencalonan Calon tidak ditolak di atas Pimpinan Persatuan Pengajian Islam bagi Jawatan PRESIDEN, TIMBALAN
Jawatan AHLI SAF PIMPINAN (Exco).

Panduan Dan Peraturan Pemilihan boleh didapati dengan harga RM 5.00.bertulis Calon mestilah dicatatkan di atasnya.
jumlah jawatan yang dipertandingkan. kesilapan-kesilapan mengisi borang atau perkara-perkara yang perlu disediakan.

Tarikh: 15 JULAI 2017
Jawatankuasa Pemilihan Saf Pimpinan PPI

Advertisements

Beberapa Pesanan Sebelum Anda Mengulangkaji Pelajaran

Beberapa Pesanan Sebelum Anda Mengulangkaji Pelajaran …

  1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.

  2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

  3. Mulakan dengan berdoa.

  4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.

  5. Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.

  6. Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.

  7. Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.

  8. Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.

  9. Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.

  10. Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.

  11. Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.

  12. Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

    Image

 

Ambillah iktibar …

Dr ‘Ata Barakat berkata:

Agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan, anda perlu melakukan dua perkara yang penting:

Pertama: Penguasaan yang baik

Ini berlaku melalui empat perkara berikut:

  1. Anda terus mengulangkaji subjek yang anda pelajari sepanjang tahun sebaik sahaja selepas anda mempelajarinya. Janganlah anda tangguhkan sedikitpun meskipun sedikit.

  2. Ulangkaji pelajaran terdahulu sebelum memulakan pelajaran baru.

  3. Melakukan ulangkaji mingguan dengan membaca semula secara pantas pelajaran-pelajaran yang sudah diulangkaji pada minggu tersebut.

  4. Membuat ulangkaji pada masa cuti dan juga secara bulanan.

Kedua: Ulangkaji yang intensif sebelum peperiksaan

Ia juga boleh dilakukan melalui empat langkah berikut:

  1. Menyusun segala maklumat di dalam fikiran anda dengan susunan yang baik dan sistematik.

  2. Memilih waktu yang sesuai untuk mengulangkaji, iaitu setiap subjek mempunyai waktu yang khusus. Jika anda merasa jemu, anda boleh mula menyelesaikan soalan-soalan matematik.

  3. Membuat jadual waktu yang baik dan tersusun agar setiap subjek mempunyai jangkamasa waktu yang sesuai dan tidak mengganggu waktu yang diperuntukkan untuk subjek yang lain.

  4. Menjawab banyak soalan dan menyelesaikan banyak permasalahan terutamanya soalan-soalan yang sukar.

Wa Allahu a’lam

Bersempena musim peperiksaan , Biro Kebajikan dan Akademik Persatuan Pengajian Islam mengucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan yang bakal tiba!

Biro Kebajikan dan Akademik Persatuan Pengajian Islam UNITEN

Adakah Islam Itu Disebarkan Melalui Mata Pedang???

Bagaimana Islam yang dikatakan agama sejahtera sedangkan sesetengah golongan atau individu menganggap Islam itu disebarkan melalui mata pedang???

Adalah suatu rungutan biasa di kalangan beberapa orang bukan islam bahawa Islam tidak akan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, sekiranya penyebarannya tidak dilakukan dengan kekerasan. Fakta berikut akan menjelaskan bahawa jauh sekali daripada menggunakan mata pedang untuk menyebarkan Islam; kewujudan kebenaran, sebab yang munasabah dan logik adalah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran pesat Islam.

Islam bererti kesejahteraan

Islam berasal dari kata akar ‘salam’ bermakna sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan kehendak diri kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam adalah agama kesejahteraan, diperolehi dengan menyerahkan kehendak diri kepada kehendak Yang Maha Pencipta, Allah  SWT.

Tujuan kekerasan

Kadang-kala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan. Bukan setiap dan semua manusia di dunia ini  menyokong pemeliharaan kesejahteraan dan keharmonian. Terdapat ramai yang menganggu kesejahteraan untuk kepentingan diri sendiri. Hanya kerana sebab ini, kita mempunyai polis yang menggunakan kekerasan terhadap penjenayah dan unsur antisosial untuk mempertahankan kesejahteraan negara. Pada masa yang sama, Islam menggesa pengikutnya melawan sekiranya terdapat penindasan. Perjuangan menentang penindasan, kadang-kala, memerlukan kekerasan. Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dan keadilan.

Pandangan sejarawan De Lacy O’Leary

Jawapan terbaik kepada tanggapan salah bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang diberikan oleh sejarawan terkemuka De Lacy O’Leary di dalam buku “Islam at the Cross Roads” (halaman 8) ” Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa legenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaum yang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat yang pernah diulangi oleh sejarawan.”

Umat Islam memerintah Sepanyol selama 800 tahun

Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian, pejuang-pejuang Salibi Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat Islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan, iaitu seruan untuk solat, secara terbuka.

14 Juta orang Arab adalah Kristian Kopitik

Orang Islam merupakan pemerintah negara Arab selama 1400 tahun. Orang British memerintah selama beberapa tahun dan orang Perancis juga memerintah beberapa tahun. Secara keseluruhan, orang Islam memerintah Arab selama 1400 tahun. Sunnguhpun demikian, pada hari ini, terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang, pasti tiada seorang pun orang Arab yang masih beragama Kristian.

Terdapat lebih daripada 80% orang bukan Islam di India

Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Jika mereka malu, mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk bukan Islam di India. Pada hari ini, lebih 80% penduduk India adalah bukan Islam. Kesemua penduduk India yang bukan beragama Islam pada hari ini adalah bukti Islam tidak dikembangkan menerusi mata pedang.

Indonesia dan Malaysia

Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai di dunia. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Indonesia dan Malaysia??

Pantai Timur Afrika

Begitu juga Islam tersebar luas di Pantai Timur Afrika. Mungkin ada yang bertanya lagi, sekiranya Islam  disebarkan melalui mata pedang, pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Pantai Timur Afrika??

Thomas Carlyle

Sejarawan terkemuka Thomas Carlyle, dalam bukunya “Heroes and Hero Worship” merujuk kepada tanggapan salah mengenai Islam. “Sememangnya mata pedang, tetapi di manakah mata pedang itu diperolehi? Setiap pandangan baru, pada permulaanya, secara tepat adalah minoriti yang mana satu. Di dalam pemikiran seorang manusia sahaja. Dan ia kekal di situ. Satu insan sahaja daripada seluruh dunia mempercayai, hanya seorang manusia menentang seluruh manusia. Bahawa dia mengambil mata pedang dan cuba menyebarkannya, tidak banyak yang dapat dilakukan. Kamu mesti mendapatkan mata pedang kamu! Satu kesemuanya, sesuatu itu akan tersebar dengan sendirinya.”

Tiada paksaan dalam beragama

Dengan mata pedang manakah Islam disebarkan? Sungguhpun jika orang Islam boleh memilikinya, mereka tidak boleh menggunakanya untuk menyebarkan Islam kerana di dalam Al-Quran disebut ayat berikut:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sungguhpun telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…” (Al-Baqarah 2:256)”

Pedang Kebijaksanaan atau Kebenaran

Ia adalah mata pedang kebijaksanaan. Mata pedang yang menawan hati dan pemikiran manusia. Al-Quran menyebut dalam Surah 16, An-Nahl, ayat 125:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…”

Pertambahan agama di dunia daripada 1934 sehingga 1984

Satu rencana di dalam Reader’s  Digest ‘Almanac’, buku tahunan 1986, memberikan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad daripada tahun 1934 sehingga 1984. Rencana ini juga disiarkan di dalam majalah ‘The Plain Truth’. Tempat teratas adalah Islam, dengan peningkatan sebanyak 235% dan agama Kristian hanya meningkat kadar 4%. Mungkin ada yang bertanya, perang apakah yang berlaku pada abad ini yang berjaya mengislamkan jutaan manusia?

Agama Islam adalah agama paling cepat berkembang di Amerika dan Eropah.

Pada hari ini, agama yang paling cepat berkembang di Amerika adalah Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Eropah adalah Islam. Mata pedang manakah yang memaksa orang-orang barat menerima Islam dalam sejumlah yang sebegitu tinggi?

Dr. Joseph Adam Pearson

Dr Joseph Adam Pearson pernah berkata, “Mereka yang bimbang kuasa nuklear akan jatuh ke tangan orang Arab satu hari nanti, gagal menyedari bahawa “Bomb Islam” telahpun tersebar dan ia berlaku pada hari MUHAMMAD (s.a.w) dilahirkan.

Waallahualam, semoga petikan ini dapat membantu kita dalam berdakwah kepada non-muslim… Insyallah.. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah S.W.T..

Sumber: Buku “20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM” oleh Dr. Zakir Abdul-Karim Naik

Preparation : Before Examination Tips

  1. Work out a revision plan as early as possible (at least two weeks before exams)
  2. Allow large blocks of time for studying materials and short periods for reviewing
  3. Vary what you study and schedule breaks
  4. Form study groups
  5. Study the specimen examination paper and prepare sample answers
  6. Practice relaxation techniques, such as breathing exercises or listening to music when you feel anxious
  7. Eat and sleep well
  8. Get regular physical exercise
  9. Talk out your troubles

P.S: See you in the exam hall…

*From Lajnah Kebajikan & Akademik

PPI UNITEN sesi 2009/10