Nenda Presiden PPI kembali ke Rahmatullah

Dukacitanya dimaklumkan bahawa nenek kepada Presiden Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman.

” Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan”
Surah Al-Anbiyaa’ (35)

الفاتحة

Advertisements

Brotherhood of Muslim Camp 2009

bro Camp 09

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) menjemput PPI UNITEN untuk menghantar wakil ke satu program mereka, Bro MC ’09

Program         : BROTHERHOOD OF MUSLIM CAMPING 2009

( Bro-MC ’09 )

Tarikh            : 22, 23 & 24 November 2009 (Ahad- Selasa)

Lokasi             : Sukida Resort , Semenyih

Sasaran          : 400 orang peserta

Yuran

Penyertaan : RM 25

Anjuran         : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

Maklumat lanjut tentang program ini boleh di lihat di

http://bromc09.blogspot.com/

Kepada ahli PPI UNITEN yang berminat untuk menyertai program ini, boleh la menghubungi

FarouQ : 0122028611

Sebelum 1 November 2009

Final Exam : Ujian Bagi yang Beriman

Allah SWT bersabda di dalam Al-Qur’an yang bermaksud,

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah
beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. “

(QS. Al ‘Ankabuut : 2-3)


Setiap hamba Allah SWT yang mengaku beriman kepada-Nya, akan diuji dengan perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Semuanya di jelaskan di dalam Al-Qur’an.

Bagi pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional, terutamanya ahli Persatuan Pengajian Islam yang bakal menghadapi Peperiksaan Akhir dari 26 Oktober sehingga 7 November ini, ingatlah semua itu adalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji siapakah di antara antum yang paling tahan ujian-Nya.

Maksudnya disini, Allah SWT bukanlah melihat sama ada antum pass atau fail Exam yang bakal antum lalui nanti, tapi setakat mana hubungan antum dengan Allah SWT tatkala mana antum terdesak untuk mendapatkan keputusan yang mantap di dalam Peperiksaan. Macam mana antum menstabilkan antara sunnatullah dan syariatullah. Sebagai contoh, ada yang akan menjauhkan diri daripada Allah SWT tatkala ‘tension’ dengan kerja yang maha banyak, naud’zubillahimin zalik. Siapakah kita di muka bumi ini untuk sombong dengan Allah SWT!? Peringatan ini ditujukan khas kepada diri sendiri yang mula-mula membaca artikel ini, dan amnya kepada semua pengunjung website PPI UNITEN.

Ucapan daripada ana, selamat berjaya dalam menduduki peperiksaan akhir, dekatkanlah diri lagi dengan Allah SWT sempena peperiksaan yang bakal tiba ini, moga-moga pendekatan diri kepada Allah SWT pada masa ini akan perpanjangan sampai ke akhir hayat. Kerana hanya Allah SWT yang mampu memberi segala-galanya yang antum mahukan dan perlukan di dunia dan di akhirat.

Wan Mohd Jihaduddin bin Wan Hassan

Timb Presiden

Persatuan Pengajian Islam

PPI UNITEN sesi 2009/10

Majlis Perkahwinan Mantan Presiden PPIUNITEN

kawin dah

Muslimin

Muslimat Power, power, power!

10 October 2009 – Majlis Perkahwinan Mantan presiden PPI UNITEN sesi 2006/07, saudara Aiman bin Ismail.

“dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”
(an-Naba’:8)

Moga dilimpahkan lagi rezeki ke atas beliau, dan moga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Ucapan ‘Tahniah!’ daripada kami, saff pimpinan PPI UNITEN sesi 2009/10.