Artikel Mantap

Michael Jackson, Malang bagi seorang muslim dikebumi di gereja

LOS ANGELES 3 Sept – Selepas lebih dua bulan meninggal dunia, penyanyi pop terkenal, Michael Jackson atau lebih dikenali dengan gelaran Jacko yang berjaya melonjakkan namanya ketika era 90-an akhirnya telah dikebumikan dalam suatu majlis tertutup di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park, Los Angeles bersama beberapa selebriti terkenal seperti Clark Gable, Jean Harlow dan Carole Lombard. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila beliau disemadikan di perkuburan penganut kristian bukannya di tempat perkuburan orang-orang Islam. Adakah masyarakat masih meragui keislaman Jacko?

Status Agama

Setelah pelbagai tohmahan telah dilontar terhadap Micheal Jackson atas kesalahan beliau dituduh melakukan tindakan asusila terhadap anak di bawah umur beberpa kali, namum timbul pula desas-desus yang menyatakan bahawa Micheal Jackson telah berjaya diIslamkan. Berita keIslaman Micheal Jackson sebenarnya cuba disembunyikan oleh sesetengah pihak kuffar disebabkan pengaruh Michael Jackson yang masih lagi besar walaupun dituduh dengan berbagai tuduhan. Kerana takutkan pengaruh keIslaman Micheal Jackson tersebar epada peminat setia beliau, kebanyakkan media dunia mengambil langkah membisukan status agama Micheal Jackson yang kininya memeluk Islam.

Kisah pengIslaman Micheal Jackson bermula apabila beliau mula mencari jati dirinya. Beliau kemudian tertarik dengan pengalaman prosuder, Philip Bubal dan penulis albumnya, David Wharnsby yang menceritakan penambahbaikan terhadap hidup mereka setelah mereka memeluk Islam. Pertemuan Beliau dengan 2 orang ini insan ini telah membuatkan beliau tertarik untuk mendalami Islah setelah dibelenggu masalah hukuman serta ketahanan dirinya yang mulai goyah. Selain itu, ahli keluarganya, Jermaine Jakson juga banyak mempengaruhi beliau untuk memeluk Islam dengan menyumbang buku-buku tentang Islam serta memperjelaskan pelbagai persoalan yang timbul di pemikiran Jacko. Bekas ahli anggota The Jackson Five juga pernah menyarankan beliau untuk memeluk Islam.

“Saya rasa, Michael perlu menjadi seorang muslim, kerana saya fikir Islam adalah perlindungan yang paling sempurna baginya dari segala kesalahan yang menyerangnnya,” ungkap bekas ahli anggota Jackson Five yang kini menetap di Bahrain.

Dengan mengenakan topi kecil, Jacko mengucapkan kalimah shahadah dengan bimbingan seorang imam ketika berada di rumah temannya Steve Pocaro di Los Angeles.Micheal Jackson kemudian memilih nama Mikaeel Jackson setelah diberi beberapa pilihan nama lain

Sumbangan Jacko Dalam Dunia Islam

Sejak Jacko mula mendalami Islam, pelbagai sumbangan telah diberikan walaupun ketika itu beliau masih lagi belum memeluk agama Islam dan masih berpegang kepada ajaran kristian Jenovah. Beliau memberikan sumbangan yang besar untuk pembangunan sebuah masjid di Manama, Bahrin. Masjid tersebut dibangun dengan keindahan seni yang luar biasa dan telah dijadikan tempat untuk belajar Islam serta bahasa Inggeris. Setelah memeluk Islam, Micheal Jackson telah bergabung dengan Nation of Islam sebuah gerakan Islam berkulit hitan di AS yang diasaskan oleh seorang pendakwah Islam berkulit hitam, Malcolm x. Dalam sesi dakwahnya beliau telah menghasilkan beberapa lagu Islam untuk menarik masyarakat dunia kembali kepada Tuhan yang Maha Agong.

Kematian yang masih diragui sebabnya.

Pada 25 Jun 2009, timbul berita yang mengkhabarkan tentang kemaitian seorang icon tarian ‘moonwalk’, Micheal Jackson atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Menurut kebanyakan media, Micheal Jackson telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA pada 25 Jun 2009 jam 2.26 petang. Namun menurut doktor yang merawat Jacko, punca sebenar kematian Jacko masih lagi belum diketahui. Micheal Jackson dijumpai mati di rumahnya atas kesan yang masih lagi kabur samada terdapat unsur jenayah atau mati akibat penyakit yang gagal dikesan sehingga kini. Antara alasan yang diberikan oleh doktor untuk menyokong kematiannya adalah kerena beliau sakit jantung, mengambil dadah, terlalu berkeja kuat demi konsert yang bakal tiba.

Di saat Micheal ingin membawa satu gelombang perubahan dan ingin mengkhabarkan kepada masyarakat dunia bahawa Islam itu bukanlah agama pengganas seperti yang dikhabarkan oleh media dunia, namun Jacko dijumpai mati akibat punca yang tidak diketahui. Adakah ini merupakan salah satu konspirasi pihak yang bencikan Islam ataupun hanyalah disebabkan penyakit tua, Hanya Allah saja yang tahu.

Penutup

Ucapan Takziah buat Mikaeel Jackson atas nasib yang malang. Di harap segala salah silap diampuni Allah serta segala usaha beliau untuk membawa masyarakat dunia kepada Islam dijadikan alasan beliau ke syurga…Al- Fatihah

Sumber :

http://isiukm.net/