Isu-isu Semasa

‘Sweeping Malaysia’ di Jawa Tengah, Indonesia

Dua minggu kebelakangan ini masyarakat dunia telah menyaksikan beberapa peristiwa yang menimbulkan ketegangan khususnya yang berlaku di Asia Tenggara. Antara kejadian yang mendapat perhatian meluas adalah ‘Sweeping Malaysia’ yang dicetuskan oleh segelintir rakyat di negara jiran, Indonesia sebagai tanda protes terhadap klip video promosi tarian Pendet yang digunakan oleh Malaysia untuk promosi pelancongan.

Dalam kejadian tersebut, segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) telah melakukan ‘sweeping’ ke atas rakyat Malaysia di sini dengan keluar ke jalan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di sini untuk mencari rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, ‘sweeping’ tersebut hanya berlangsung singkat. Hanya 30 minit dari 60 menit yang direncanakan. Tetapi suasana pada ketika itu cukup menegangkan.

Respon daripada presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono selepas berlakunya kejadian tersebut, mengingatkan akan rakyatnya bahawa tindakan kekerasan ‘menyapu bersih’ rakyat Malaysia di sini tidak akan menyelesaikan masalah, malah sebaliknya akan menimbulkan masalah baru. Menurut beliau lagi, terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia yang sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia. Kebimbangan ini lahir sekarang berikutan reaksi berlebihan segelintir rakyat Indonesia menimbulkan sengketa budaya dengan Malaysia. Sementara itu, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya di sini, seperti tersiar dalam laman webnya, Susilo berkata sweeping ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa. Beliau turut menegaskan bahawa pemerintah Indonesia sudah mengambil langkah mengatasi masalah yang timbul seperti tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali dan mempromosi Pulau Jemur di Riau, melalui saluran diplomatik dan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) kedua-dua negara.

Pada masa yang sama, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Indonesia termasuk kira-kira 5,600 pelajar perubatan, kedoktoran dan pergigian di samping ribuan profesional yang bekerja di sini, yang terdedah kepada ancaman golongan itu yang menggunakan slogan ‘Ganyang Malaysia’ dan mengakui mempunyai ilmu kebal. Akan tetapi Kerajaan Malaysia memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia dan menjamin rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas terhadap tindakan keras yang dilakukan di sini seperti membakar bendera Malaysia dan membaling telur busuk ke kedutaan Malaysia.

Berdasarkan kepada kejadian tersebut, kerajaan Malaysia sewajarnya mengkaji kenapa tarian bali boleh terdapat dalam klip video promosi pelancongan Malaysia. Perkara kecil ini mestilah dipandang serius kerana ia melibatkan sensitiviti kedua-dua negara. Penulis berpendapat bahawa ada pihak yang secara sengaja ingin mencetuskan api permusuhan antara kedua-dua negara melalui provokasi media massa. Jelas di sini kelihatan, media massa Indonesia telah disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu yang mempunyai agenda jangka masa panjang. Apa agenda tersembunyi tidak sukar untuk diketahui.

Umumnya sudah diketahui bahawa Malaysia dan Indonesia adalah masyarakat serumpun. Hanya sempadan negara yang memisahkan. Itu pun berlaku sejak tamatnya perang dunia kedua, oleh tangan-tangan durjana penjajah asing. Selain daripada itu, perancangan ini dilakukan secara rapi memandangkan kejadian ini bukanlah satu-satunya ketegangan yang berlaku di Asia Tenggara. Di Thailand dan Filipina, perang saudara kerapkali berlaku. Tidak terkecuali bagi negara Kemboja dan Mynmar yang suatu ketika dahulu kerap dimainkan oleh pihak antarabangsa. Perang saudara Vietnam yang berlaku pada tahun 70-an juga merupakan perancangan pihak berkepentingan yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Sebahagian bukti-bukti sejarah lalu sudah cukup untuk menjadi indikator akan adanya agenda yang terselit di sebalik peristiwa ini.

Terlebih dahulu seeloknya kita boleh buat kronologi peristiwa daripada sebelum berlakunya ‘Sweeping Malaysia’ di Jawa Tengah secara jelas. Antara sebahagian rentetan peristiwa yang telah berlaku sebelum ini bermula daripada perebutan hak wilayah ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan;akhirnya dimenangi oleh Malaysia, kemudian kes penderaan amah atau pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu penciplakan lagu kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku daripada lagu tempatan Indonesia ‘Terang Bulan’, penggunaan lagu ‘Rasa Sayang’ untuk tujuan promosi pelancongan Malaysia dan paling terkini penggunaan klip video promosi tarian Pendet untuk promosi pelancongan oleh Malaysia. Seolah-olah peristiwa ini sudah dirancang sejak sekian lama. Halatuju kronologi ini lebih menjurus ke arah perang saudara. Peranan media massa antarabangsa tambah memarakkan lagi api yang sedang menyala. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita tidak boleh nafikan peranan oleh pihak tertentu dalam isu ini.

Kepada rakyat Indonesia, nasihat yang ingin penulis lontarkan ialah perlulah berhati-hati dengan segala penyataan yang dikeluarkan oleh media. Kerana dikhuatiri segala tindakan kalian boleh merosakkan hubungan budaya dan rumpun yang telah terjalin sejak sekian lama. Jangan hanya kerana isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat Indonesia membenarkan segala tindak tanduk sehingga sanggup menghina negara jiran, malah serumpun. Akhlak berjiran perlu dijaga. Jangan jadi pengikut kepada arus sahaja.

Sebagai kata akhir, terbuka jangan hanyut. Berprinsip jangan jumud.

[sumber dari http://bentara-khateeb.blogspot.com/]

Artikel Mantap

My Personal Reflection – Bersikap Proporsional (Seimbang)

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Ma’idah :  ayat 8 ]

Exco Kebajikan

Alhamdulillah robbil ‘alamin wakafa..Asshalatu wassalamu ‘alan nabiyyil mustofa..

Asyhadu alla ilaha illallah waasyhadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh..Laa nabiyya ba’dah…


**********


Banyak ibrah (pelajaran) yang aku ambil dalam sepenggalan umur yang insya Allah akan memasuki kepala 2 tahun ini. Berencana melakukan banyak perenungan dan perenungan untuk menyambut “mendekatnya maut” dari usia ini. Salah satu yang terasa begitu berkesan dalam satu-dua minggu belakangan adalah tentang bersikap proporsional. Bisa dibilang ini merupakan salah satu “gajah di pelupuk mata” [1] yang nampak.

Bersikap proporsional. Apakah yang dimaksud dengan proporsional?

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, proporsional adalah sebuah kata sifat yang berarti sesuai dng proporsi; sebanding; seimbang; berimbang. [2] Kalau dalam istilah yang lebih “ngarab” salah satu kata yang bermakna mirip adalah tawazun, yang berarti seimbang. [3] Tapi aku tidak ingin berpanjang-panjang membahas itu. Langsung to the point kepada inti permasalahan.


**********


Aku sadari, dalam sepenggalan umur ini sering sekali – tidak terhitung – saat-saat dimana aku tidak bersikap proporsional. Terutama dalam bermuamalah dengan orang lain. Mengingat ke masa lalu adalah mengingat kenangan-kenangan pahit, bagaimana kurangnya sikap proporsional menjadi sebuah masalah yang begitu masif akibatnya. Aku begitu sering bersikap egois, tidak adil, dan merasa suci sendiri ketika berhadapan dengan orang lain. Sering sekali menilai seseorang secara tidak proporsional.

Teringat akan “masa-masa kelam” saat SMA. Dulu suka banget menutup mata dan telinga terhadap seseorang hanya karena masalah yang sepele. Sebagai contoh, seorang ustadz yang sedang menyampaikan nasihat tidak akan aku gubris hanya gara-gara sedikit kain celananya melewati mata kaki. Seakan-akan isbal-nya dia itu menentukan segala gerak-geriknya. Seakan-akan segalanya menjadi salah ketika ada satu hal yang ia lakukan yang tidak berkenan bagi diri ini. Masa-masa dimana diri merasa yang paling benar, yang paling paham, yang paling beriman

.

Astaghfirullah..

Contoh lain adalah ketika mendengarkan sebuah perkataan (yang baik) dari orang yang tidak aku suka. Wih, rasanya berat sekali untuk menerima. Akan bermunculan 1001 alasan dalam benak ini untuk membantah, untuk menangkis, untuk membela diri, untuk membuktikan bahwa dia salah, aku benar. Bahwa dia salah, aku benar. Masya Allah…Sedih ketika mengingat tabiat-tabit buruk ini.

Dan parahnya romantisme masa lalu ini masih saja berbekas sisa-sisanya hingga hari ini. Di saat tertentu, akan kambuh lagi penyakit yang satu ini. Saat-saat dimana dada ini membusung penuh kebanggaan, merasa diri paling sholeh dan paling baik. Saat itu bisikan syaitan pun muncul, membangkitkan tabiat lama yang buruk ini. Saat itu, sejauh mata memandang, yang nampak adalah kesalahan-kesalahan. Ketika bertemu A, yang teringat adalah kekurangannya. Ketika bertemu B, yang teringat adalah kelemahannya. Ketika bertemu C, yang teringat adalah perbedaan pendapatnya. Ketika bertemu D, yang teringat adalah sikap-sikap buruknya. Dan seketika itu, segala hal negatif tentang mereka menjadi prioritas nomor satu bagi diri ini dalam menilai segala yang terucap dari lisan mereka. Menilai segala perbuatan mereka dari kekurangan, yang ketika ditimbang-timbang kemudian, terasa begitu sepele dibanding besarnya kebaikan yang mereka lakukan.

Rasanya masih sulit bagi diri ini untuk mewujudkan wejangan dari Ali bin Abu Thalib radhiyallahu anhu:

“Unzhur maa qiila , walaa tanzhur man qoola”. Cermati apa yang dikatakan , tak usah lihat siapa yang mengatakannya. [4]

Yang nampak bagi diri ini adalah siapa dia, siapa dia, dan siapa dia. Yang nampak bagi diri ini adalah jarangnya dia sholat berjamaah, alpanya dia dari membaca Al-Qur’an, busana dia yang masih “gaul ceria”, jenggot dia yang selalu ia cukur setiap hari, sifat dia yang masih suka hura-hura, permisifnya dia terhadap ikhtilat, dan lain-lain, dan lain-lain. Maka ketika dia mengingatkanku tentang sesuatu yang baik, yang masuk ke telinga justru kekurangan-kekurangannya, kelemahannya, dan aku pun bersikap skeptis sambil membatin, “gak sadar diri ya, lo.”

Astaghfirullah…

Begitu sulitnya diri ini untuk bersikap proporsional berujung pada perasaan paling benar sendiri. Aku akan membesarkan kelebihan diri sendiri yang tidak seberapa, dan merendahkan orang lain karena kekurangannya. Seakan-akan derajatku ada persis di bawah Nabi. Seakan-akan orang yang patut kudengarkan, yang patut kuhormati, hanyalah mereka yang sempurna di mata ini. Tak kusadari bahwa setiap orang memiliki kekurangan, setiap orang memiliki kelemahan. Tak kusadari pula bahwa apa yang di mataku nampak sebagai kekurangan, bisa jadi di hadapan Allah adalah sesuatu yang begitu mulia nilainya.

Bisa jadi apa yang selama ini kuakui sebagai suatu kebenaran absolut, ternyata hancur berkeping-keping tiada berharga ketika dihadapkan pada Allah….

Maka ketika seorang teman bertanya padaku, bagaimana kita memandang perkataan baik seseorang yang memiliki banyak kekurangan dalam hal lain, saat itu rasanya lidahku begitu tercekat. Ingin kuberkata, “dengarkan ia, jangan lihat siapa dia!”, namun sulit bagiku. Begitu sulit. Bagaimana mungkin aku dapat berkata demikian, sementara Allah berfirman

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (Ash-Shaff: 2-3)


**********


Karena itulah begitu besar harapanku, semakin dekatnya aku dengan akhir hidupku,

semakin proporsional aku dalam menjalani kehidupan. Semakin seimbang.

Tidak menafikan kebaikan pada diri seseorang karena keburukannya.

Tidak mendiskreditkan seseorang karena perbedaan pendapat dengannya.

Tidak merendahkan seseorang karena kekurangannya.

Menyadari sebanyak mungkin kekurangan diri.

Menatap sebanyak mungkin kelebihan orang lain.

karena tiap orang beriman tetaplah rembulan
memiliki sisi kelam,
yang tak pernah ingin ditampakkannya pada siapapun
maka cukuplah bagiku
memandang sang bulan
pada sisi cantik yang menghadap ke bumi
[5]


**********


“Ya Allah jadikan aku dalam pandanganku sendiri

sebagai seburuk-buruk makhluk,

dalam pandangan manusia sebagai yang tengah-tengah,

dan dalam pandanganMu sebagai yang paling mulia..”
[6]

Wallahu musta’an…[7]


Referensi:

[1] http://id.wikiquote.org/wiki/Gajah_di_pelupuk_mata_tidak_terlihat,_semut_di_seberang_lautan_terlihat

[2] http://pusatbahasa.diknas.go.id/kbbi/index.php (proporsional)

[3] http://pangerans.multiply.com/journal/item/272/Materi_Mentoring_TAWAZUN_1

[4] http://binanurani.com/?p=426

[5] http://salim-a-fillah.blog.friendster.com/2009/03/khilaf-benci-dan-cinta/

[6] http://salim-a-fillah.blog.friendster.com/2009/03/kita-prasangka-mereka/

[7] http://forums.almaghrib.org/printthread.php?t=28351



Nabilah bt Khalid

Timb Exco Kebajikan & Akademik

Persatuan Pengajian Islam

PPI UNITEN Sesi 2009/10

Bali, Indonesia.

Isu-isu Semasa

Isu Kartika, Aspek pemahaman Islam perlu dititikberatkan – HELWANI PPI

Isu Kartika telah dipolemikkan oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan kontroversi hebat mengenainya. Lebih-lebih lagi, perkara yang dipolemikkan ialah berkaitan dengan hukum syarie. Kartika atau nama penuhnya Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 telah diputuskan oleh mahkamah syariah Pahang sebagai bersalah atas kesalahan meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang.

Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Sungguhpun begitu hukuman tersebut dikatakan akan disemak semula oleh pihak Mahkamah Syariah Pahang, setelah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan. Hal ini berlaku atas desakan dan tekanan yang diterima daripada pelbagai pihak. Mari kita ambil tahu beberapa respon mengenai isu Kartika ini.

  1. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan hukuman sebat keatas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 kerana minum arak ditangguhkan bukan kerana susah untuk mendapatkan jurusebat dan bukan kerana ia tidak boleh lakukan tetapi ini adalah kes pertama yang dihadapi. Menurutnya kerana itu Jabatan Penjara perlulah bersiap sedia dengan segala keperluan terlebih dahulu kerana mata dunia menumpukan perhatian pada kes ini. “Tetapi jika Kartika tetap tidak mahu membuat rayuan bagi menggelakkan hukuman sebat berkenaan, maka pihak penjara perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjalankan hukuman tersebut selepas berakhirnya Ramadan” katanya
  2. Norhayati Kaprawi, seorang  aktivis wanita Muslim. Pernah bertugas sebagai pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun dan aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI). Antara tulisan beliau yang dimuatkan dalam laman web http://www.malaysiakini.com, “Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu. Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu. Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu. Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat. Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?” Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia? Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.
  3. Dalam temubual Akhbar Sinar dengan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, “Hudud adalah hukum yang ada dalam dalam al-Quran dan al-Sunnah, tiada siapa berhak mempertikaikannya. Namun sebelum dilaksanakan, ada banyak persoalan yang perlu ditangani. Bukan soal setuju atau tidak, soalannya sejauh manakah jika hukuman ini dilaksanak an ia mencapai maksud dan tujuan hukuman tersebut. Tujuan hukuman untuk melaksanakan keadilan dan memberikan pengajaran sesuai dengan ajaran Islam. Hukuman mestilah memberikan natijah yang baik kepada Islam dan mampu menaikkan imej Islam serta memberikan nilai yang positif kepada masyarakat termasuk diri yang dihukum. Jika ia memberikan kesan yang negatif, maka maksud hukuman itu akan tersasar”. Tambah beliau lagi, “Saya setuju, bahkan menyokong segala hasrat untuk menguatkuasakan undang-undang syariah, tetapi hendaklah secara menyeluruh dan memberikan impak yang positif kepada Islam. Suasana semasa dan mentaliti masyarakat hari ini hendaklah diambil kira. Isu Kartika baik sebagai s atu usaha. Apatah lagi Kartika sendiri bersetuju dan rela. Namun, suasana semasa kurang berpihak kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Bukan kesalahan pihak mahkamah, tetapi nilai agama dan pemikiran masyarakat yang bermasalah”.

Nadhira

Berdasarkan kepada lontaran-lontaran pendapat daripada beberapa pihak dia atas, kesimpulan yang boleh dibuat ialah betapa lemahnya kefahaman mengenai Islam dalam kalangan umat Islam. Islam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia adalah sebagai cara hidup. Diturunkan bersama-samanya ialah syariat Allah. Perkara-perkara yang terdapat dalam syariat seperti aspek ibadah, akhlak, munakahat(kekeluarga), muamalat(urusan jual beli), faraid(pembahagian harta) dan jenayat(undang-undang).

Adalah menjadi kemestian untuk melaksanakan syariat Allah dalam kehidupan secara keseluruhan, tidak boleh diambil secara separuh-separuh. Kerana setiap perkara yang terkandung dalam syariat itu ada maqasid syariah tersendiri. Maqasid syariah bermaksud kehendak syariat, iaitu matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia. Perlu diketahui juga bahawa segala hukum hakam yang terkandung di dalam AL-Quran diturunkan untuk digunapakai dalam urusan pentadbiran kehidupan manusia dan menjaga kemaslahatan(kepentingan).

Walaupun pelaksanaan hukuman sebat akan dikaji semula, bukanlah bermaksud keputusan yang telah diambil oleh pihak mahkamah syariah sebelum ini adalah salah. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada ilmu yang mereka miliki, bersumberkan kepada Al-Quran dan sunnah. Perlu diketahui bahawa Al-Quran itu datangnya dari Allah subhanaallah taala. Sebagai hamba Allah, kita perlu tunduk kepada segala perkara yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya mewakili biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya memperdalami kefahaman mengenai maqasid (kehendak) bagi hukuman yang telah ditetapkan pada kesalahan tertentu. Umpamanya minum arak dan mencuri. Serta kaji semula mengenai sirah nabi dan para sahabat yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum jenayat Islam.

Adakah hukuman yang digariskan Islam zalim? Bandingkan keadaan di ‘zaman kemuncak Islam’ dengan zaman kita sekarang. Semua jenis jenayah pada zaman emas tersebut teramatlah sedikit jika dibandingkan pada zaman sekarang. Zaman sekarang semua jenis jenayah berleluasa sehinggakan ianya berlaku di depan mata hampir setiap saat.

Sekali lagi, pihak HELWANI ingin menekankan supaya setiap manusia yang mengaku dirinya Muslim supaya mendalami ilmu Islam terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tanggapan. Amal tanpa ilmu ibarat melakukan sesuatu perbuatan itu secara sia-sia. Pihak HELWANI yakin hanya Islam satu-satunya jalan penyelesaian kepada segala permasalahan umat manusia yang berlaku kini.

Nadhira Bte Mat Nashim

Pengerusi

Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI),

Persatuan Pengajian Islam ,

UNITEN

PPIUNITEN Activity

Management Of Da’wah Organization Course 2009 (M-DOC ’09)

OBJEKTIF PROGRAM

1.     Memberi pendedahan kepada para pimpinan baru Persatuan Islam Sesi 2008/2009 tentang matlamat serta halatuju organisasi di dalam Persatuan Pengajian Islam UNITEN.

2.     Memberi pendedahan mengenai sistem pengurusan dan pengendalian gerak kerja.

3.     Membina ukhuwah yang mantap bagi memastikan gerak kerja persatuan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

TEMA PROGRAM

“Pimpinan Berkualiti Menjana Kekuatan Organisasi”

SASARAN

1.     Saff Pimpinan Persatuan Pengajian Islam 2009/2010.

2.     Pimpinan Comittee Smart Group, Persatuan Pengajian Islam 2009/2010.



2221

Kena Berdiri atas Kerusi

&

Senam Si Tommy


PPIUNITEN Activity

Hari Kedua Program M-DOC ’09 (Management of Da’wah Organization Course 2009)

Tarikh: 5 September 2009

Tempat: Kolej Informasi dan Maklumat (COIT)

[5.00 pagi]

  • Peserta dan urusetia tiba di COIT
  • Masa bersahur

[6.00 pagi]

  • Solat subuh berjemaah
  • Kuliah subuh oleh Al-Ustaz Ismail Din Ad-Dalami, bertajuk ‘Kempimpinan Dalam Islam’.

[7.00 pagi]

  • Riadah pagi bersama ‘Si Tommy dan Rakan-rakan’.

[8.00 pagi]

  • Sesi penerangan halatuju PPI oleh Presiden PPI, saudara Wan Baihaqi.

[9.00 pagi]

  • Bengkel membuat takwim PPI. Dipecahkan kepada biro-biro. Perbincangan mengenai rancangan program mendatang.
  • Pembentangan oleh setiap biro.

[11.00 pagi]

  • Aktiviti ‘teambuiding’, 4 checkpoint.
  • Checkpoint terakhir, membina menara paip. Aktiviti yang paling menarik!!

[1.20 tengah hari]

  • Aktiviti teambuilding tamat.
  • Solat zohor berjemaah.

[2.00 petang]

  • Slot penerangan daripada wakil HEP, En Arif Abdullah.
  • Tajuk ‘Perancangan Aktiviti, perjalanan dan laporan selepas tamat aktiviti’.

[3.30 petang]

  • Aktiviti merancang aktiviti PPI, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
  • Setiap kumpulan diberi tajuk masing-masing, antaranya Forum “Aku Terima Nikahnya”, Persembahan teater “Surat Cinta Dari Langit”, Pertandinagn nasyid antara fakulti/kolej, dan program “Serikandi 4th Edition”.
  • Perkara yang dibincangkan ialah objektif, sasaran, modus operandi, struktur organisasi dan implikasi Kewangan.
  • Pembentangan yang menarik dan tersendiri daripada setiap kumpulan.

[5.50 petang]

  • Solat asar berjemaah.
  • Peserta pulang ke kelompok.

[7.00 petang]

  • Semua peserta berada di COIT semula.
  • Berbuka puasa.
  • Solat maghrib berjemaah.
  • Rehat

[8.45 petang]

  • Solat Isyak jemaah.
  • Solat terawih jemaah.

[10.00 petang]

  • Aktiviti ‘Public Speaking’ oleh setiap peserta pimpinan. Setiap peserta diberi tajuk berbeza.
  • Masa diperuntukan selama 5 minit seorang.

[11.00 petang]

  • Minum malam.
  • Tentatif program tamat.